Wikisumber

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikisource)
Wikisumber
The current Wikisource logo
Tangkap layar
Kandungan terperinci laman utama Wikisumber Berbilang Bahasa.
Kandungan terperinci laman utama Wikisumber Berbilang Bahasa
Maklumat umum
URLwikisource.org
JenisPerpustakaan digital
Tersedia dalamBerbilang bahasa (sebanyak 77 subdomain yang aktif)[1]
Ditubuhkan24 November 2003 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
PenciptaJimmy Wales Edit the value on Wikidata
PengasasUser-generated
Kandungan dan sokongan
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Dilancarkan pada24 November 2003; 20 tahun yang lalu (2003-11-24)[2]
Status terkiniOnline
Enjin perisianMediaWiki Edit the value on Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa3,824 (28 November 2017)
4,009 (7 September 2018)
4,976 (9 September 2017)
4,630 (24 Ogos 2020) Edit the value on Wikidata
Lokasi
Negara asalAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainTwitter: wikisource Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikisumber (dalam bahasa Inggeris: Wikisource) merupakan sebuah perpustakaan digital atas talian dengan sumber teks kandungan percuma berplatformkan wiki, yang dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Wikisumber merupakan nama projek secara keseluruhan, dan juga merupakan nama untuk setiap satu projek individu (dan setiap contoh projek individu tersebut biasanya mewakili setiap bahasa yang berbeza); pengumpulan laman Wikisumber dalam pelbagai bahasa inilah yang membentuk projek Wikisumber secara keseluruhannya. Matlamat projek ini adalah untuk mengehoskan semua bentuk teks percuma, dalam banyak bahasa, serta padanan terjemahan yang berkaitan teks percuma itu. Pada asalnya, projek ini dianggap berfungsi sebagai arkib untuk menyimpan teks sejarah yang berguna atau penting, tetapi kini ia telah berkembang menjadi perpustakaan dengan kandungan umum. Projek ini secara rasminya bermula pada 24 November 2003, di bawah nama Project Sourceberg, yang merupakan nama terbitan daripada Project Gutenberg. Nama "Wikisource" ini telah diterima pakai pada tahun itu dan ia menerima nama domainnya sendiri.

Projek ini memegang karya yang sama ada dalam domain awam atau berkandungan bebas; yakni karya yang diterbitkan secara profesional atau dokumen sumber sejarah, bukannya karya saraan diri. Pengesahan dokumen pada mulanya dibuat di luar talian, atau dengan mempercayai sumber kandungan digital daripada perpustakaan yang tinggi kebolehpercayaannya. Kini karya-karya disokong oleh imbasan dalam talian melalui sambungan ProofreadPage, yang memastikan kebolehpercayaan dan ketepatan teks projek.

Sesetengah projek Wikisumber berbahasa individu yang mewakili sesuatu bahasa yang spesifik kini hanya membenarkan kerja disandarkan dengan imbasan sahaja. Walaupun sebahagian besar koleksinya adalah teks, Wikisumber secara keseluruhannya juga mempunyai kandungan media lain, termasuklah komik, filem dan buku audio. Sesetengah projek Wikisumber membenarkan anotasi yang dijana oleh pengguna, tertakluk kepada dasar khusus Wikisumber tertentu. Projek Wikisumber secara keseluruhannya telah mendapat kritikan kerana kurang kebolehpercayaan tetapi ia juga dipetik oleh organisasi seperti Arkib Negara dan Pentadbiran Rekod Amerika Syarikat.[3]

Sehingga Mei 2024, terdapat 77 bahasa dengan subdomain Wikisumber yang aktif[1] yang terdiri daripada sejumlah 6,053,982 rencana dan 2,434 penyunting aktif baru-baru ini.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Retrieved Mei 2024 from Data:Wikipedia statistics/meta.tab
  2. ^ Ayers, Phoebe; Matthews, Charles; Yates, Ben (2008). How Wikipedia Works. No Starch Press. m/s. 435–436. ISBN 978-1-59327-176-3.
  3. ^ "Transcribe | Citizen Archivist". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2013. Dicapai pada 4 October 2013.
  4. ^ Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisumber:

Tentang Wikisumber: