Rencana ini mengenai Peranakan keturunan Cina. Untuk Peranakan keturunan India, sila lihat Chitty. Untuk Peranakan keturunan Serani, sila lihat orang Kristang. Untuk Peranakan Muslim keturunan kacukan India, Melayu dan Arab, sila lihat Jawi Peranakan.
Peranakan Cina
Gambar perkahwinan pasangan Peranakan Baba Nyonya – Chung Guat Hooi, anak perempuan Kapitan Chung Thye Phin and Khoo Soo Beow, anak lelaki Khoo Heng Pan di Pulau Pinang– diambil dari muzium Penang
Peranakan Cina adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, tertumpu di Negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka(asal), Pulau Pinang di Malaysia dan Republik Singapura. Terdapat juga Cina Peranakan ditemukan di negara Gajah Putih (Thailand) khususnya di Tanjung Salang (Phuket) dan Rundung(Ranong) bernama Baba Yaya dan di Indonesia (Tangerang, Medan, Kepulauan Riau & Bangka Belitung) bernama Kiau Seng. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina atau Melayu tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka mengamalkan cara hidup Melayu dan Cina , mereka amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [4] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu , Jawa dan Siam. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu , Jawa atau Siam kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian dan Islam yang amat popular di kalangan remaja.
^Caroline S. Hau (2014). The Chinese Question: Ethnicity, Nation, and Region in and Beyond the Philippines. NUS Press. m/s. 251. ISBN978-9971-69-792-1.
^Victor Purcell. Orang-orang Cina di Tanah Melayu, m.s. 66, 1997. Penterjemah: Nik Hasnaa Nik Mahmood, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. ISBN 983-52-0095-5.