(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepasang kekasih ditahan! Lahirkan bayi di rumah sewa, buang di kedai ayam segar

21-5-2024 06:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8583| Komen: 40

Description: KEMAMAN – Sepasang kekasih ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki di sebuah kedai menjual ayam segar di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai di sini kelmarin.


KEMAMAN – Sepasang kekasih ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki di sebuah kedai menjual ayam segar di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai di sini  kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dua suspek masing-masing berusia 24 dan 21 tahun ditahan di lokasi berasingan pada pukul 11 pagi dan 3 petang tadi.

“Seorang gadis yang berada dalam keadaan mencurigakan ditahan dalam pemeriksaan dari rumah ke rumah di Kampung Jabur Kubur pada pukul 11 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek menjumpai banyak gambar bayi lelaki mirip yang dibuang di kedai menjual ayam pada Sabtu lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bayi lelaki ditemukan dalam keadaan kesejukan di sebuah kedai menjual ayam. Siasatan awal mendapati gadis itu mengaku melahirkan bayi tersebut di rumah sewa kekasihnya pada 12 Mei lalu sebelum membuangnya kelmarin.


Beliau berkata, hasil maklumat itu kemudian membawa kepada penahanan pembantu kedai dipercayai kekasih gadis itu di bandar Chukai di sini pada pukul 3 petang tadi.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman di sini esok bagi permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 21-5-2024 05:49 AM
Tahun lepas pekedai ayam tu pn terima baby cmni..org yg sama buat keje 2x
Quote 3chanceno 21-5-2024 07:32 AM
Syabas pihak polis

Kes baby dibuang tahun lepas masih lum dikesan.
Quote copy_paste 21-5-2024 08:48 AM
nape la xkawin je,xyah susah2 buang bayi da,
Quote anony-mous 21-5-2024 08:59 AM
batmana replied at 21-5-2024 05:49 AM
Tahun lepas pekedai ayam tu pn terima baby cmni..org yg sama buat keje 2x

I baru nk tanya yg last year dia jgk ke? Sbb tuan kedai mmg saspek org yg sama. Mesti sbb dkt tmpt yg sama dia letak baby tu. suka2 kau je beranak smpai 2x lps tu buang2. Suruh org jaga. Elok mandulkan terus, buang peranakan tu.
Quote anony-mous 21-5-2024 09:00 AM
copy_paste replied at 21-5-2024 08:48 AM
nape la xkawin je,xyah susah2 buang bayi da,

Mujur la xkahwin. Kalau kahwin seksa plak ank tu kena hidup dgn parent cilaka mcm ni
Quote lurve82 21-5-2024 09:01 AM
kuturunan mana ni? ko igt buang2 baby tu mcm buang ayam sbb tu buang dkt situ? atas tutup bwh terbukak ye...keji betul perangai...
Quote copy_paste 21-5-2024 09:02 AM
anony-mous replied at 21-5-2024 09:00 AM
Mujur la xkahwin. Kalau kahwin seksa plak ank tu kena hidup dgn parent cilaka mcm ni

itu pentingnya ilmu,kena la merancang kalau mental pun x mampu
Quote sambaldurian 21-5-2024 09:03 AM
At least baby tu x jd stateless la. Dh tau mak ayah dh. So boleh buat proper documentation sikit. Melainkan mak ayah xde ic jgk xtau la.
Quote ifanonline 21-5-2024 09:11 AM
pasangan kena belajar pakai kondom dan pancut di luar
Quote supernaturalee 21-5-2024 09:11 AM
die buat mcm anak ayam
anak orang tu

Quote anony-mous 21-5-2024 09:27 AM
copy_paste replied at 21-5-2024 09:02 AM
itu pentingnya ilmu,kena la merancang kalau mental pun x mampu

Dgn org mcm ni buat rugi tenaga je ko curah ilmu. 2 hari lps jumpa org yg ckp “klau tuhan dah tentukan ank berderet, rancang pon x guna” eh kalau terkeluar 2@3 aku boleh trima alsan tu tp klau smpai 6-7, ko ghase?? Merancang pakai apa? Sekadar berharap kot. Sblm main, terlintas “harap pancut dlm ni x mengandung” . Klau xpancut dlm xde nya mengandung!! The simplest form of merancang pon ramai gagal.

Then ada jgk yg komen org miskin ni ank berderet sbb xmampu pakai perancang. Pdhal kondom tu FREE je dkt KK. Org kaya penat kerja demi keselesaan ank2 , otak hari2 berfikir , sebulan berapa kali je bersama. Tu bezanya
Quote MissVixen 21-5-2024 09:29 AM
batmana replied at 21-5-2024 05:49 AM
Tahun lepas pekedai ayam tu pn terima baby cmni..org yg sama buat keje 2x

Tuan kedai ayam ni baik sangat ke sampai 2x jadi pilihan? Dah mcam buang kucing je bayi tu.
Quote namieamuro 21-5-2024 09:36 AM
amboi. siap simpan gambar baby. lagi 20 tahun nk pegi tuntut kt korge angkat ke?

hrp bebudak tu naseb terbela dan dibela korge angkat kaya raya. amin.
Quote prettyuglybabe 21-5-2024 10:15 AM
semoga dua ekor lahanat ni mandul tak dapat anak dah sampai bila-bila..
Quote syamzana 21-5-2024 10:40 AM
MissVixen replied at 21-5-2024 09:29 AM
Tuan kedai ayam ni baik sangat ke sampai 2x jadi pilihan? Dah mcam buang kucing je bayi tu.

baik la kot masa yg first buang tu dia buat permohonan nak bela bby tu tapi tak dpt.

Quote edayildiz 21-5-2024 10:46 AM
susu perempuan tu pun bengkak lg..
hbs tu kalau buang ank gitu...susu dia mcmana...
kalau xnk ank tu pun..p la bg kt org..ramai je yg nak
Quote edayildiz 21-5-2024 10:47 AM
batmana replied at 21-5-2024 05:49 AM
Tahun lepas pekedai ayam tu pn terima baby cmni..org yg sama buat keje 2x

org yg sama ke...apa senang nau mengandung
Quote vanillaninja 21-5-2024 10:50 AM
Dah tu tak reti pakai condom ke budak2 bangang ni?
Quote copy_paste 21-5-2024 11:54 AM
anony-mous replied at 21-5-2024 09:27 AM
Dgn org mcm ni buat rugi tenaga je ko curah ilmu. 2 hari lps jumpa org yg ckp “klau tuhan dah ten ...

nak minta kondom kat kk tu malu,nak beli mahal,
lagipun kai kondom x sedap,
sbnarnye x risau pun pasal anak berderet tp tgwb tu kelak cmne,rezeki tu mmg dah tertulis tp yg mencoraknya adalah ibu bapa,
lainlah kalau jd nyamuk,induk xperlu ajar pun utk sebarkan penyakit sbb tuhan dah bg dia naluri,
itulah jenis parent yg xfikir ,hanya berharap pada takdir tanpa perancangan,kalau baik,baik la anak tu

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.345527 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top