(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita masih hidup ada kubur sendiri - "BTW ini makam tangan aku"

21-5-2024 06:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6368| Komen: 7

Description: JAKARTA – Seorang wanita dari Banjarmasin mendakwa bahawa dirinya memiliki kubur sendiri biarpun masih lagi hidup, lapor akhbar Tribunnews semalam.

JAKARTA – Seorang wanita dari Banjarmasin mendakwa bahawa dirinya memiliki kubur sendiri biarpun masih lagi hidup, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @norlailakarima itu mengundang perhatian netizen dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini. 

Menerusi perkongsiannya, wanita bernama Laila itu dilihat menziarahi sebuah kubur sambil membawa bunga di tangannya. 

Ternyata kubur yang dikunjungi Laila itu bukanlah kubur jenazah. Ia sebenarnya mengandungi tangan kanannya yang telah putus. 

Difahamkan sebelah tangan Laila putus akibat kemalangan di tempat kerjanya iaitu sebuah kilang di Banjarmasin. 

“Kubur ini satu tempat dengan kubur ibu saya dan keluarga belah ibu. Kalau kubur ayah tempatnya berbeza,” kata Laila. 

Meskipun dia kehilangan satu tangan, Laila masih bersemangat dalam  menjalani kehidupan dan berharap perkongsian tersebut dapat memberikan  inspirasi kepada orang ramai. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 21-5-2024 08:44 AM
so? ada org bingkaikan lg tulang tangan dia yg dipotong doktor buat kenang2an
Quote lipans 21-5-2024 11:18 AM
dani-rox replied at 21-5-2024 08:44 AM
so? ada org bingkaikan lg tulang tangan dia yg dipotong doktor buat kenang2an

teringat filem stepen cau, Royal Tramp. Ketua sida2 botolkan anu beliau dalam botol.

Quote supernaturalee 21-5-2024 11:51 AM
lipans replied at 21-5-2024 11:18 AM
teringat filem stepen cau, Royal Tramp. Ketua sida2 botolkan anu beliau dalam botol.

raja azmi pun
anu dlm botol




Quote prince_marhaen 21-5-2024 03:52 PM
Meskipun dia kehilangan satu tangan, Laila masih bersemangat dalam  menjalani kehidupan dan berharap perkongsian tersebut dapat memberikan  inspirasi kepada orang ramai...


KAU SPECIAL APA SUNDELLLSSSS??? inspirasi bagai... ramai je orang kudung...kau je hamak nak makam bagai... orang lain tanam jugak.. yihhhhh~~` yindonnn dan benda pelikkkk berpisah tiada..
Quote cmf_almondpecan 21-5-2024 03:57 PM
lipans replied at 21-5-2024 11:18 AM
teringat filem stepen cau, Royal Tramp. Ketua sida2 botolkan anu beliau dalam botol.

Sida2 maharaja China dulu2 memang preserve anu mereka dalam botol. Botol ni mereka bawa dari hari mula2 berkhidmat sebagai Sida2 di istana dan disimpan dalam bilik khas. Botol2 tu disusun ikut pangkat sida2 tu.  Bila sida2 tu mati besok, dia akan dikebumi bersama dgn botol tu.
Quote Cyempaka 21-5-2024 04:05 PM
kecoh la kau... acik ni dah lama ada kubur.. relax je dia


[youtube]Yc1RPeUNXSA?si=j4XlqY84rieR8rWs[/youtube]
Quote hokeypokey 21-5-2024 04:08 PM
untung la bleh melawat kubur sendiri hari2

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.123521 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top