(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

Pergi ke kandungan

Perbincangan Wikipedia:Kedutaan: Perbezaan antara semakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Edmundwoods (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
(2 semakan pertengahan oleh pengguna yang sama tidak dipaparkan)
Baris 23: Baris 23:


:Ini hanya setakat komen, dan sebenarnya saya tak tekankan sangat nak letak imej apa. Jika mahu tukar tukarlah, tetapi biarlah ada gambar daripada langsung tiada supaya lebih menarik. Yang perlu adalah gambar yang lebih melambangkan kemelayuan (iaitu barang warisan Tanah Melayu), misalnya seperti keris. &mdash; [[Pengguna:Alistair|Alistair 阿力斯特伊儿]] 03:22, 6 Julai 2006 (UTC)
:Ini hanya setakat komen, dan sebenarnya saya tak tekankan sangat nak letak imej apa. Jika mahu tukar tukarlah, tetapi biarlah ada gambar daripada langsung tiada supaya lebih menarik. Yang perlu adalah gambar yang lebih melambangkan kemelayuan (iaitu barang warisan Tanah Melayu), misalnya seperti keris. &mdash; [[Pengguna:Alistair|Alistair 阿力斯特伊儿]] 03:22, 6 Julai 2006 (UTC)
::Dari segi theori bahasa, bahasa adalah bahasa dengan bentuk tata-bahasa, nahu, kosa kata dll yang berbeza dengan luasnya antara satu dengan yang lain. Dengan itu, bahasa Melayu adalah bahasa utama merangkumi bahasa yang berkongsi tata-bahasa yang sama seperti (Jawa, Sunda, Minangkabau dll.), bahasa Malaysia/Indonesia adalah bahasa terbitan atau [[en:Creole language|Creole]], Manglish/Singlish adalah campuran (bukan bahasa ibunda) [[en:Pidgin|Pidgin]]. Jangan ada yang marah ye, ini adalah berdasarkan pembacaan. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 03:42, 12 September 2007 (UTC)


------
------

Semakan pada 03:45, 12 September 2007

Welcome! Finally got the embassy up. Please leave your message in this space as per instructed above. :) Alistair 阿力斯特伊儿 07:49, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]
欢迎光临马来语维机百科,本站设有华语提问服务,我会回答你的华语问题 Ychmatematik 08:26, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]

Saya rasa penggunaan imej Jalur Gemilang di laman kedutaan sebagai tidak adil kepada pengguna-pengguna dari negara-negara lain terutamanya dari Indonesia, Singapura dan Brunei. Oleh kerana ini adalah Wikipedia Bahasa Melayu dan bukan Wikipedia Bahasa Malaysia maka imej Jalur Gemilang patut dikeluarkan. — Master2841 17:39, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan Master2841. Saya harap ia dapat digantikan dengan sebuah imej yang melambangkan bahasa Melayu secara umum, atau ditiadakan saja kerana saya tetap dengan pandangan bahawa bahasa Melayu bukan milik Malaysia sahaja. Sekian, harap tiada sesiapa yang tersinggung. Dekoelie 02:32, 6 Julai 2006 (UTC)[balas]

Bagi saya, bendera itu hanya merupakan pusat Wikipedia bahasa Melayu... atau kita memang tidak ada pusat, berbanding Wikipedia yang lain? Mungkin, kita boleh mencipta lagi satu bendera untuk "Wikipedia bahasa Melayu" di sebelah kanan.

Kita tidak boleh menyamakan diri dengan bahasa Inggeris yang memang telah menjadi bahasa antarabangsa. Atau kita nak menganggap bahasa Melayu versi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahasa antarabangsa juga? Sebenarnya, jika kita hendak berbuat demikian, kita memang mempunyai 50% alasan yang amat kukuh, hehehe. Bahasa Melayu versi Dewan Bahasa dan Pustaka sebenarnya adalah bahasa yang berkacukan bahasa Inggeris sehingga kini, kita dapat melihat perkataan-perkataan seperti "Nota & Fakta Diagramatik", "secara kritis dan kreatif", "efektif dan berkualiti", dan sebagainya.

Sebenarnya, kita memang menghadapi krisis identiti, hehehe. Adakah kita benar-benar mewakili Indonesia? Adakah hanya orang Perancis yang boleh menyumbang kepada Wikipedia bahasa Perancis, dan hanya orang Jepun yang boleh menyumbang kepada Wikipedia bahasa Jepun? Sebenarnya, daripada 4,284 pengguna berdaftar, berapakah peratus pengguna yang terdiri daripada pengguna luar negeri selain daripada Indonesia, serta mereka yang hanya berdaftar untuk memasukkan pautan antara bahasa? — PM Poon 19:49, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]


Ah, saya baru nak minta Dekoelie memberikan pandangannya memandangkan beliau adalah orang Singapura dan sebagai non-Malaysian pendapat beliau memang berat timbangannya. Sebenarnya semasa saya mencipta Templat:Kedutaan, saya memang fikirkan mahu letakkan satu imej yang melambangkan kemelayuan di sebelah kiri, kerana saya masih ingat akan tujuan pengasas portal ini, iaitu Yosri, yang berkata ada sebabnya portal ini wujud sebagai Wikipedia bahasa Melayu dan bukan Wikipedia bahasa Malaysia. Walaupun pada zaman ini, Melayu dan Malaysia selalu disebut sebagai satu, tetap ada perbezaan: Malaysia adalah nama satu nation-state atau negara bangsa, tetapi Melayu adalah nama ethnic group atau kumpulan etnik. Etnik Melayu dalam maksudnya yang paling tulen adalah bumiputera "Tanah Melayu". Tanah Melayu bukan sama dengan Malaysia kini, cuma sebahagian besar daripadanya kini diduduki Malaysia sahaja. Tanah Melayu adalah kawasan yang secara sejarah menjadi domain orang Melayu, dari bahagian semenanjung Perlis dan Pattani di utara sehinggalah ke kepulauan Riau di selatan. Walaupun sesetengah kawasan kini diduduki oleh negara lain (Thailand di utara dan Singapura dan Indonesia di selatan) hakikatnya penduduk asal kawasan-kawasan berkenaan merupakan orang Melayu juga dan jika Wikipedia ini mahukan nama Melayu, ia harus turuti permintaan mereka itu atau tukarkan namanya kepada Wikipedia bahasa Malaysia sahaja. (Notakan juga bahawa Malaysia Timur, Brunei dan bahagian lain Indonesia tidak termasuk dalam takrifan saya ini. Sebenarnya mereka itu pun bukan orang Melayu, tetapi ada kumpulan etnik sendiri berasingan, iaitu etnik Brunei, etnik Iban, etnik Melanau, etnik Bugis, etnik Madura, etnik Jawa dan sebagainya dan mereka punyai bahasa sendiri).
Sebenarnya juga, bagi saya, "bahasa Malaysia" dan "bahasa Indonesia" merupakan bahasa rekaan (artificial languages) yang pertamanya diciptakan DBP Malaysia dan keduanya diciptakan Pusat Bahasa Indonesia, dan keduanya berdasarkan, tetapi bukan, bahasa Melayu sebenar. Tujuan DBP adalah untuk menyesuaikan ia dengan negara bangsa Malaysia yang baru dibina dan mencipta satu bahasa kebangsaan "milik semua". Indonesia juga telah mencipta bahasa Indonesia bagi tujuan yang sama, iaitu menggantikan bahasa Belanda yang digunakan masa zaman penjajahan dengan satu bahasa kebangsaan "milik semua". :D Hakikatnya kedua-dua bahasa ini diciptakan untuk cater to other, different ethnic groups dengan mengubah orientasi etnik kepada negara supaya etnik lain tidak tersinggung dan boleh turut berkongsi hak milik. Jika bahasa ini dipanggil "Melayu" di Indonesia, orang Bugis, Madura, Jawa dll. tak akan menerimanya kerana mereka orang Bugis/Jawa dll. bukan orang Melayu. Sama juga keadaannya di Brunei dan juga Malaysia, orang Cina dan India tidak akan menerima "bahasa Melayu" kerana mereka bukan orang Melayu, tetapi mereka akan menerima "bahasa Malaysia" kerana mereka memang orang Malaysia. Sebenarnya jika kita betul-betul mahukan "bangsa Malaysia" seruan kerajaan, istilah "bahasa Malaysia" memang lebih sesuai digunapakai :D
Masalah ini cumalah kekeliruan antara kumpulan etnik dan negara, dan ini memang biasa berlaku. Masalah ini tidak tertahluk kepada Melayu-Malaysia sahaja, tetapi juga orang Cina dan India di rantau ini, yang dipanggil "orang Cina" dan "orang India" meskipun China dan India adalah nama negara. Istilah yang tepat untuk mereka sebenarnya adalah bangsa Han dan bangsa Dravidian (atau jika asal dari India utara, Indo-Aryan). Istilah "Tionghua" yang digunakan di Indonesia menggambarkan orang Cina pun sebenarnya lagi tepat daripada Cina.
Ini hanya setakat komen, dan sebenarnya saya tak tekankan sangat nak letak imej apa. Jika mahu tukar tukarlah, tetapi biarlah ada gambar daripada langsung tiada supaya lebih menarik. Yang perlu adalah gambar yang lebih melambangkan kemelayuan (iaitu barang warisan Tanah Melayu), misalnya seperti keris. — Alistair 阿力斯特伊儿 03:22, 6 Julai 2006 (UTC)[balas]
Dari segi theori bahasa, bahasa adalah bahasa dengan bentuk tata-bahasa, nahu, kosa kata dll yang berbeza dengan luasnya antara satu dengan yang lain. Dengan itu, bahasa Melayu adalah bahasa utama merangkumi bahasa yang berkongsi tata-bahasa yang sama seperti (Jawa, Sunda, Minangkabau dll.), bahasa Malaysia/Indonesia adalah bahasa terbitan atau Creole, Manglish/Singlish adalah campuran (bukan bahasa ibunda) Pidgin. Jangan ada yang marah ye, ini adalah berdasarkan pembacaan. Yosri 03:42, 12 September 2007 (UTC)[balas]

Untuk pengetahuan semua, Melayu memang mengalami krisis identiti kerana Melayu itu amat luas budaya dan pengaruhnya. Malah, kerispun datangnya dari Jawa. Dan mungkin banyak lagi warisan Melayu asalnya sudah wujud sebelum kewujudan Melayu, cuma kesemua itu telah berasimilasi dengan kehidupan Melayu dan diambil sebagai identiti Melayu. Cuba kita fikir semula, dari mana asalnya Melayu dan bahasanya sebelum mempertikaikan identiti bahasa Melayu? Kita tahu pensel itu asalnya kayu dan grafit, baru boleh mempertikaikan identitinya. Begitu juga dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang dicampurkan dari banyak bahasa kuno seperti Sanskrit, Arab, dan lain-lain lagi pengaruh. Hanya dialek, loghat dan bahasa tempatan serta bahasa penjajah yang menukar dan mempengaruhi identiti Melayu itu mungkin hingga kabur keasli bahasanya sepertimana Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Belanda mempengaruhi Bahasa Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Orang Fiji pun menggunakan dialek yang bunyinya hampir Melayu, malah mengalahkan loghat Kelantan. Orang di Afrika Selatan dan Seychelles malah ke Pualau Krismas (seperti yang anda tahu) pun tahu akan bahasa Melayu. Kita tak boleh mengatakan orang luar Malaysia, Brunei dan Singapura tak tahu bahasa Melayu kerana rumpun Melayu telah tersebar menjangkaui sempadan kepulauan Melayu. Jadi, janganlah kita keliru antara bahasa dengan dialek dan loghat.

Sejarah Kesultanan Melayu di Melaka, Johor, Riau-Lingga, Brunei dan Sulu amat luas pengaruhnya yang menunjukkan masing-masing mempunyai identiti Melayu yang mungkin tersendiri dan mungkin sama (Contohnya, semua kesultanan itu menggunakan warna kuning sebagai lambang diraja). Jadi, bagi saya, kalau hendakkan gambar yang sesuai... Letak saja gambar peta rantau ini yang menunjukkan asalnya bahasa Melayu. — Polar 11:03, 7 Julai 2006 (UTC)[balas]

Gambar sudah ditukar mengikut cadangan Polar (kebetulan dengan gambar yang sama yang telah dimuat naik Polar, that's what you call coincidence, ain't it?) — Alistair 阿力斯特伊儿 09:27, 8 Julai 2006 (UTC)[balas]

Menurut rencana Kuning: "Maharaja legenda China yang pertama digelarkan "Maharaja Kuning" atau Huang Di (askara Cina tradisional: 黃帝, askara Cina mudah: 黄帝). Oleh itu, kuning ialah lambang untuk Maharaja China. Orang biasa di China tidak dibenarkan menggunakan warna kuning sehingga zaman moden."

Adakah Maharaja legenda China yang pertama juga dipengaruhi oleh Kesultanan Melayu? hehehe. — Advokat Hantu 10:10, 8 Julai 2006 (UTC)[balas]

Village pump

NOTE: The above message was moved from the local village pump to this embassy as this is the venue allocated for such correspondence. The local village pump is reserved for the exclusive use of the local community (that is local users who speak/write Malay and contribute in this language). Wikipedians who are essentially of foreign origin must use the embassy for public correspondance regardless of account be it local and/or not. — Alistair 阿力斯特伊儿 06:02, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]

Ok, fine by me. But maybe this can be added in English at the village pump or something, because I didn't know, and there was no obvious link to this page.--Tuvic 19:32, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]

Just a minor correction as I see it, hehehe. I think this page has got nothing to do with the origin of Wikipedians, but rather it is designed specially and specifically for interlanguage Wikipedian collaboration and assistance. Kedai Kopi is about matters pertaining solely to Wikipedia bahasa Melayu.

As interlanguage Wikipedia users may be unaware of this arrangement, we can redirect the discussion here as has been done, just as we may be directed to the right government department when we enter the wrong one. Sounds like a huge bureaucratic procedure at work, hehehe. — PM Poon 20:38, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]

Berkenaan duta

Saya lihat PM Poon sudah tidak berada di sini sejak 22 Oktober lagi menurut senarai sumbangannya yang telah saya lihat. Jadi saya syaki dia sudah berundur diri dari Wikipedia Melayu dan malah juga di Wikipedia Inggeris. Oleh itu, bolehkah terus batalkan sahaja keahliannya sebagai duta? — Aeonimitz 08:51, 26 November 2006 (UTC)[balas]

Pembatalan sebarang jawatan dalam wikipedia akan mengikut peraturan seperti juga bagi penyelia. Kita hanya perlu menunggu cukup tempoh enam bulan ketidak-aktifan PM Poon dari wiki ini untuk membatalkannya. (Walaupun memang secara tidak rasmi dia telahpun menarik diri dari wikipedia Melayu) — Polar 09:19, 26 November 2006 (UTC)[balas]

Sudah 6 bulan saudara PM Poon tidak aktif dan pembatalan status penyelianya, Polar dan dia sudah bertekad untuk tidak menjawat apa-apa jua jawatan di ms.wiki. Nampaknya, saya perlu memadam namanya yang tertera di templat kedutaan inilah ye. -Didie 05:20, 26 Februari 2007 (UTC)[balas]