(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya sanggup hilang kerja, gaji puluh ribu asalkan keluarga selamat - Faisal Halim

13-6-2024 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2881| Komen: 9

Description: Shah Alam: Tonggak Selangor FC Faisal Halim sanggup hilang pekerjaan dan gaji puluhan ribu seterusnya pulang ke kampung halaman asalkan keselamatan diri dan keluarganya terjamin.


Shah Alam: Tonggak Selangor FC Faisal Halim sanggup hilang pekerjaan dan gaji puluhan ribu seterusnya pulang ke kampung halaman asalkan keselamatan diri dan keluarganya terjamin.

Malah, Faisal yang juga bintang Harimau Malaya turut bersedia menukar pekerjaan dengan hanya bekerja kampung demi memastikan tiada lagi ancaman seperti kejadian simbahan asid hingga hampir mengancam nyawanya.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, janji yang diberikan pengurusan Selangor FC termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar yang akan menjaga keselamatannya dan keluarga menyebabkan dia kembali bersemangat untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

"Saya sanggup hilang gaji saya dan hilang kerja asalkan saya selamat dan keluarga pun selamat.


"Tapi saya lihat semangat dan janjikan kepada saya dan keluarga dengan mengatakan Mickey, awak mampu teruskan dan saya jamin keselamatan awak dan keluarga menyebabkan saya bersemangat.

"Oleh itu, pada mulanya minggu kedua saya cakap kepada datuk (Datuk Seri Shahril Mokhtar) saya sanggup hilang gaji puluh ribu asalkan keluarga saya selamat.

"Walaupun gaji sehari RM50 saya tak perlu hidup dalam ketakutan. Apa yang berlaku ini satu benda luar jangkaan.

"Yang saya tak boleh terima adalah keluarga saya dalam ketakutan tapi saya bersemangat apabila orang ramai mendoakan saya," katanya dalam sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, pemain berasal dari Pulau Pinang itu menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali bulan lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Dia berada dalam keadaan kritikal selepas insiden itu dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Kecederaan yang dialami Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.

Sumber : Harian Metro/Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 13-6-2024 04:28 PM
sedihnya huhu
jahat la pelaku tu
Quote TeropongThaico 13-6-2024 06:05 PM
Kesiannya..
Dah gitu cara dia cari rezeki apa le yg kianat sgt
Quote Minami2013 13-6-2024 06:22 PM
Muda lagi..at least 10 years boleh contribute kpd negara dlm bola sepak.. kesian dia. Mmg tak ke mana la bola sepak Malaysia ni.
Quote kaoru44 13-6-2024 06:40 PM
kesian lah...dh la muda lg..
Quote ninja boy 13-6-2024 10:31 PM
Edited by ninja boy at 13-6-2024 10:33 PM

Kianat2 ni x bagus, efek hidup org lain dan masyarakat, ada kerjaya hilang kerjaya, sihat jadi oku, ada harta dikembalikan kepada bank, hujung2 sudah stop gaji yg sepatutnya mendapat manfaat kepada kedai 2 mak bapak mall bank2 gaji2 pekerja tuisen sekolah2 dll
Quote cm_vungtau 13-6-2024 11:03 PM
Kesian. Baru 26. Jadahnya main bola nak simbah2 asid bagai. Takat bola Mesia aje pun.
Quote malaygirl 14-6-2024 03:14 AM
Kesiannya. Sedih tengok FH
Quote pooh~key 14-6-2024 05:17 AM
Akak harap kejadian memang tak ada kaitan langsung dengan kerabat mana2 yach sissy. Kalau tak, maknanya sistem negara kita is the very teruk yach sissy. Malu kat negara lain dekkkk….
Quote mojarean_X 22-6-2024 12:46 AM
Ya allah siannya tgk kulit dia

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.150567 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top