(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita menyamar jadi lelaki semata-mata untuk kerja buruh demi sesuap nasi

21-5-2024 06:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8010| Komen: 38

Description: JAKARTA – Seorang wanita berusia 22 tahun nekad menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bekerja sebagai buruh, lapor akhbar Tribunnews semalam.


JAKARTA – Seorang wanita berusia 22 tahun nekad menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bekerja sebagai buruh, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Sopyah Supriatin yang berasal dari Indramayu, Jawa Barat, menyamar menjadi lelaki dan memotong pendek rambutnya demi menyara kehidupan bersama adiknya. 

Difahamkan Sopyah dan adiknya, Samsul Ramadan (15) tinggal berdua selepas ibu mereka meninggal dunia, manakala si ayah bekerja di perantauan.

“Wang daripada ayah belum cukup untuk memenuhi keperluan seharian kami. Saya dan Samsul sampai rela berhenti sekolah atas faktor kewangan,” kata Sopyah. 

Lebih menyayat hati, Sopyah mengaku bahawa mereka kerap menerima bantuan makanan daripada  jiran tetangga. 

“Saya melakukan kerja seperti mengangkat simen, membancuh simen dan lain-lain. Jika bekerja, saya dapat upah sebanyak 120 ribu rupiah (RM35.17) dalam satu hari,” katanya.


“Kadang kala kami pernah tidak makan selama dua hari, kadang pernah tiga hari,” ujar wanita itu.

Bagaimanapun, dia nekad untuk tidak membebani sesiapa dan mencari wang perbelanjaan sendiri.  – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 21-5-2024 12:33 AM
Kesian semoga tidak diambil kesempatan lelaki durjana
Quote kotakbaju 21-5-2024 07:00 AM
Kesiannya. Angkat simen tu berat tu, badan pompuan ni mana la nak kuat sangat angkat berat camtu. Semoga satu masa nanti adik ni dapat ubah nasib susah dia dan jadi orang yang berjaya dalam hidup.
Quote amyza 21-5-2024 07:29 AM
Kat sana kalau miskin memang kedana betul, kalau yg kaya melimpah harta. Rajin dia usaha, tak duduk diam harap bantuan org lain je.
Quote babynina30 21-5-2024 07:43 AM
Bagus Sopyah. Sekurang2nya dia menyamar jantina lain, bkn untuk menikoh mcm kes 1lg td . Tp kalau wanita, mmg takleh ke diterima keje buruh kontrak kt sana ? I tgk kt sini boleh kaka2 indon tolong laki mereka , bancoh simen etc
Quote imanamsyar 21-5-2024 08:06 AM
kenapa bocor rahsia..karang dorang dah tau adik ni gigirl, bahaya..

tabik semangat dia tak mengemis utk hidup.rela kerja berat utk tanggung adik.

btw, bapaknya kerja di perantauan tu dimana? kalau di malaysia, xkan x cukup nak tanggung makan minum anak..rasanya utk anak berdua rm300 mungkin cukup utk dorang.
ke kerja di jawa timur, primbon kabupaten atau timur leste?
curious..
Quote BoongaKertas 21-5-2024 08:22 AM
teringat watak citer mulan. even citer tu fiksyen, tp iols sedih betul kalau tgk citer tu. teruskan berjuang dik. u can do this.
Quote ketambangkang 21-5-2024 09:10 AM
rupa dh jantan dh, halkum pon ade.. ni mesti kantoi sbb suara
Quote I.K.A888990 21-5-2024 01:45 PM
bagus dia tak nak bebankan siapa2 nak cari rezeki sendiri
Quote Kitty_catz 21-5-2024 01:48 PM
seyess arrr
camni la rambut meols masa form 3- 5 tp tak la tobek teruk nau... cuma very2 short la cam masuk askar tu ha

sampai kena pelangkung dgn pak meols
Quote B40tastePosh 21-5-2024 01:55 PM
amyza replied at 21-5-2024 07:29 AM
Kat sana kalau miskin memang kedana betul, kalau yg kaya melimpah harta. Rajin dia usaha, tak duduk  ...

Sebab korupsi....sebab tu adik angkat aku tak suka orang Jakarta.
Quote B40tastePosh 21-5-2024 01:56 PM
imanamsyar replied at 21-5-2024 08:06 AM
kenapa bocor rahsia..karang dorang dah tau adik ni gigirl, bahaya..

tabik semangat dia tak mengemis ...

Mesti dia takut kena cabul, so potong pendek rambut tu kan.

Bila media dah hebohkan mesti dia jadi mangsa...ada sebab dia pendekkan rambut dan menyamar.
Quote B40tastePosh 21-5-2024 01:57 PM
babynina30 replied at 21-5-2024 07:43 AM
Bagus Sopyah. Sekurang2nya dia menyamar jantina lain, bkn untuk menikoh mcm kes 1lg td . Tp kalau wa ...

Just takut kena cabul dan rogol...banyak kes camtu kat sana...yg buat bangunan kat sana pun jenis haus sbb merantau.
Quote supernaturalee 21-5-2024 02:00 PM
kat uk ada kisah benar psl perempuan yg masuk line keje org laki
berdekad2 yg lalu

glenn close ada berlakon bw watak dia
tajuk filem tu albert nobbs

Quote supernaturalee 21-5-2024 02:01 PM
Difahamkan Sopyah dan adiknya, Samsul Ramadan (15) tinggal berdua selepas ibu mereka meninggal dunia, manakala si ayah bekerja di perantauan.



uhukkk...malaysia?

Quote sukacactus 21-5-2024 02:03 PM
Ok lg tipu jantina utk kerja dr menipu jd lawan jantina utk kawin
Quote gigahertz 21-5-2024 02:05 PM
Suchi replied at 20-5-2024 04:33 PM
Kesian semoga tidak diambil kesempatan lelaki durjana

orang macm ni kita layak dan wajib di tolongi.
sebab dia guna tulang empat kerat dan keluar keringat.

Quote gigahertz 21-5-2024 02:08 PM
B40tastePosh replied at 21-5-2024 05:56 AM
Mesti dia takut kena cabul, so potong pendek rambut tu kan.

Bila media dah hebohkan mesti dia jad ...

dont worry sis. muka jenis gini dngan rambutbebird tak boleh berdiri tegang.
melainkan kalau dia termandi bogel la. yang tu tak boleh tolong.
biasanya part dada tu cover guna bengkung.

kalau dalam web hamster dan mana2 web p0rn mmg takde genre gini.
Quote chandrahusin 21-5-2024 02:09 PM
kat India ada 1 kes
sorang ibu yg menyamar jd lelaki lps kematian suami
smpai dh tua, anak dh bsr baru tau dia sbnrnya pempuan
ibu tu terpaksa jd mcm lelaki sbb sng nak lindungi diri & anak2
Quote Skuau 21-5-2024 02:41 PM
Bila adik nak ke jepang atau korea?...@tki dizalimi di negara jiran-pempengaruh indon

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.047686 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top