(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percaya Atau Tidak, Malaysia Dapat Top 5 Dalam Senarai Negara Dengan Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara

16-5-2024 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17091| Komen: 33

Description: Menurut Time Champ, Malaysia berada di tempat keempat tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara daripada segi purata gaji bulanan.



Menurut Time Champ, Malaysia berada di tempat keempat tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara daripada segi purata gaji bulanan.

Berdasarkan data yang dilaporkan, Singapura, Thailand dan Brunei berada di kedudukan tiga teratas.

Mendahului senarai, Singapura mencatatkan purata gaji bulanan sebanyak SGD8,480 (kira-kira RM29,714) dan untuk pengetahuan semua, ia mengatasi purata global.

Pendapatan luar biasa negara jiran ini turut disumbang oleh ekonomi yang teguh dan kedudukannya yang strategik sebagai hab kewangan global.

Sementara itu, Thailand yang berada di kedudukan kedua mempunyai gaji purata bulanan sebanyak THB97,300 (kira-kira RM12,551).

Ekonomi negara itu merangkumi industri pelancongan, pembuatan dan pertanian yang memberi kesan kepada pendapatan bulanan rakyat Thailand.

Di tempat ketiga, Brunei dengan gaji purata bulanan sebanyak BND3,230 (kira-kira RM11,317).

Brunei kaya dengan sumber asli, terutamanya minyak dan gas, kestabilan ekonominya menjadikan persekitaran yang baik untuk kadar gaji yang memberangsangkan.

Malaysia, di tangga keempat dengan purata gaji bulanan sebanyak RM6,610.




Sebelum ini, UNICEF menerusi perbincangan tentang penetapan gaji minimum menegaskan bahawa RM1,500 tidak mencukupi untuk rakyat negara ini.

SUMBER : VOCKET

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-5-2024 11:13 PM
Ye laaaa tengok la negara2 jiran ko sapaaaaa
Quote dua_chzy 15-5-2024 11:14 PM
Motif Malaysia kalah dengan Thailand? Ala sedehhhhh mau 6k tu beza!
Quote Decaffeinated 15-5-2024 11:38 PM
Bukan tak percaya but shocked. Gila ko dgn Thailand yang rakyatnya nampak macam lebih miskin rupanya gaji lebih tinggi dari Malaysia dan Brunei. Kalau masih tak insaf juga tak tau lah.
Quote kasibiman 15-5-2024 11:42 PM
ASEAN 5: Malaysia, Singapore, Indonesia, Phillipines, Thailand.

Campur Brunei dan 4 negara indo china: vietnam, cambodia, myanmar, laos


tempat keempat utk malaysia sebenarnya kedudukan pariah ya amat.

pendapatan pon separuh dari brunei (tempat ketiga), atau hanya 20% dari pendapatan singapura.



kau rasa???
Quote B40tastePosh 16-5-2024 12:05 AM
kasibiman replied at 15-5-2024 11:42 PM
ASEAN 5: Malaysia, Singapore, Indonesia, Phillipines, Thailand.

Campur Brunei dan 4 negara indo chi ...

Pariah sikit dari Indon ...okey la tu...sejuk sikit hati
Quote Skuau 16-5-2024 12:49 AM
"enipu..sini kita indon gaji JUTA,JUTA,JUTA la"-nusaraya
Quote sharlenetexas 16-5-2024 01:33 AM
La ye ke.


Quote sharlenetexas 16-5-2024 01:34 AM
Tapi menurut komen2 yg dibaca, org telen tak gi melancong ke luar negara sangat pun.


Quote mejaputih 16-5-2024 06:11 AM
sharlenetexas replied at 16-5-2024 01:34 AM
Tapi menurut komen2 yg dibaca, org telen tak gi melancong ke luar negara sangat pun.

So duit dorg x mengalir keluar sgt...dpt protect nilai currency dorg...
Quote SalenaGomez 16-5-2024 06:24 AM
Edited by SalenaGomez at 16-5-2024 06:31 AM
sharlenetexas replied at 16-5-2024 01:34 AM
Tapi menurut komen2 yg dibaca, org telen tak gi melancong ke luar negara sangat pun.


Rasanya mungkin telen gaji diorg gap besar. So bila buat average, gaji purata nampak tinggi sebab gap gaji antara terendah dan ttinggi besar. Telen kalau yg kaya2 tu melancong over the sea la. Buat apa dtg malaysia, lebih kurang je kan
Quote SalenaGomez 16-5-2024 06:28 AM
kasibiman replied at 15-5-2024 11:42 PM
ASEAN 5: Malaysia, Singapore, Indonesia, Phillipines, Thailand.

Campur Brunei dan 4 negara indo chi ...


Dah la ke4 lepas tu beza average gaji telen dan Malaysia beza rm5k. So x perlu nak bangga tempat ke lima. Nombor corot sebenarnya. Dgn cost of living yg meningkat. Depa ni kalau nak compare pon guna la statistik yg sesuai, contoh nya perbanding kadar gaji vs cost of living bandar ke.
Quote green~tea 16-5-2024 07:22 AM
Brunei dgn singapore gaji mahal tp cost living errrrrr

BNR 1 = SGD 1

Tp cost of living kat brunei masih murah utk makan2, tpt tinggal etc
Quote cmf_almondpecan 16-5-2024 07:45 AM
Asia tenggara memang la. Kalau top 5 Asia baru terkejut. Tapi ni pun kira terkejut la sebab kenapa no 4 je dari 10 negara Asia tenggara??? Makin merudum la maksudnya. Kalau masih kekal jaguh kampung tak sedar juga, tak lama lagi entah siapa pulak kalahkan kita. Vietnam kah?
Quote shamsadis 16-5-2024 07:47 AM


Quote kasibiman 16-5-2024 07:50 AM

kannn.....

janji anak beranak dan kroni dia kaya.

rakyat biar kayap.
Quote ultra78 16-5-2024 08:03 AM
Rendahnya gaji. Patut 1 tangga bawah Singapore. Politik Thailand tu lagi la tunggang-langgang berbanding Malaysia tapi boleh offer gaji purata lebih tinggi.

Adakah di Malaysia ni kekayaan dipegang oleh select few di top management sahaja? Adakah labour market dipenuhi dengan kerja low skilled bergaji rendah? Majikan ambil kesempatan atas pekerja? Majikan guna alasan corporate tax tinggi?
Quote bulan_gerhana 16-5-2024 08:15 AM
weyy malu weyyy.. bukan bangga tapi lagi malu.. top 5 asia tenggara.. tgk la sape jiran2 ko.. hurm...

bole x nak hasanah... bersyukur la ade kerja dan ade gaji..

fullstop!
Quote OshinDaSolja 16-5-2024 09:32 AM
mcm suspicious je source of data ni...Time Champ ? apa punya company ni, India mari ke ? if data comes from reputable analyst firms then it makes sense such as Forbes, The Economist, Bloomberg, etc... without arguments mmg Singapore lah the top earner dkt rantau ni, but Thailand tempat kedua ?? by PPP measurements and GDP per capita kita punya value way higher than Thailand... something is wrong ni... mmg gaji minimum kita rendah, tp gaji kt Thailand pun lebih kurang, not way higher...

something might be wrong dgn data released by this Time Champ,... or mmg entah2 betul... lantak kau la yg penting Malaysia masih aman
Quote green~tea 16-5-2024 09:49 AM
cmf_almondpecan replied at 16-5-2024 07:45 AM
Asia tenggara memang la. Kalau top 5 Asia baru terkejut. Tapi ni pun kira terkejut la sebab kenapa n ...

Business owners & industries dah biasa terkena "candu" madey, jahit and da gang.... benda ni da lama sebati dan berakar umbi

Why pay more kalo dpt bayor import foreigners murah2??

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.158039 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top