(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan komen, ancam saya fasal ‘blockout’. Ramai yang sokong, tapi membantu dari sudut lain – Nourul Depp

20-5-2024 06:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21169| Komen: 44

Description: Terpanggil meluahkan pandangan mengenai gerakan Blockout 2024 di Malaysia, penyanyi Nourul Depp berharap isu boikot yang mencetuskan perbalahan dapat dihentikan.

Terpanggil meluahkan pandangan mengenai gerakan Blockout 2024 di Malaysia, penyanyi Nourul Depp berharap isu boikot yang mencetuskan perbalahan dapat dihentikan.

Ujar Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 46, berharap orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum dengan mendakwa ada dalam kalangan selebriti tidak cakna terhadap nasib rakyat Palestin sedangkan mereka membantu dengan cara tersendiri.


“Ada perang yang tiada penghujung. Ada perang yang sengaja direka untuk merebut. Ada peperangan untuk menyebabkan perbalahan.

“Sudah cukup dunia bersedih dan kita tidak dapat membantu hanya melalui suara dan doa. Hantaran ada yang disekat kerana isu Palestin.

“Cukup-cukuplah, kita pula jangan berperang untuk berkata siapa sokong, siapa tidak. Ramai yang sokong, tapi membantu dari sudut lain. Ramai tidak tunjukkan,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Menurut penyanyi yang bermastautin di Bali itu, semua insan terkesan dengan impak kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Gaza sejak peperangan tercetus semula Oktober tahun lalu.

Sekali gus katanya, usah mudah menghakimi andai seseorang jarang berkongsi hantaran berkenaan Palestin dalam media sosial.

Tambah Nourul lagi, Nabi Muhammad SAW turut mengingatkan jangan menunjuk-nunjuk sekiranya ingin menghulurkan bantuan tidak kira dalam soal bersedekah, doa mahu pun ibadah.

“Tidak salah menunjukkan sokongan. Salahnya jika kita menghukum. Benarlah kita manusia tiada yang sempurna. Tapi bukan kerja kita untuk menghukum sesama kita yang kita tak tahu pun apa ada di hati manusia. Hanya Tuhan Maha Mengetahui.

“Saya tulis ini sebab rasa sebagai manusia. Cukuplah ‘berperang’ di atas perkara yang tidak sepatutnya. Mana ada manusia yang tidak berperikemanusiaan kecuali memang diajar menjadi iblis seperti apa yang berlaku di Gaza.

“Berdoalah sebanyaknya jika kita rasa kita tidak mampu berbuat apa apa. Bersedekahlah kepada mereka (walaupun saya tahu ada pertolongan yang tidak sampai).

“Ada sahaja badan amal yang buat kebajikan sampai hantar bantuan Mesir. Saya tahu sebab kawan saya sendiri melakukannya,” ujarnya.

Susulan tindakan boikot yang membawa kepada caci maki, penyanyi Kerana Terluka itu memberi amaran kepada netizen agar tidak meninggalkan komen dalam Instagramnya berhubung isu berkenaan.

“Tolong jangan komen di hantaran saya dan mengancam saya mengenai ‘blockout’. Kita semua bersedih. Rasa tak tercapai nak bantu. Semua orang begitu.

“Tapi, janganlah mengeluarkan kemarahan anda kepada segelintir orang. Sebarkan kasih sayang dan bukannya kebencian,” katanya.


Kempen Blockout 2024 terhadap artis dan pempengaruh bermula di Amerika Syarikat (AS) menyasarkan golongan yang tidak bersuara mengenai Palestin atau menjadi duta produk pro-Israel.

Kempen tersebut turut menular ke Malaysia yang menyenaraikan beberapa nama selebriti dan pempengaruh antaranya Hu Haqeem, Eyka Farhana, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 20-5-2024 01:09 AM
Bila tak tahu tujuan blockout dan petik agama dilupa jangan
Quote timah03 20-5-2024 01:31 AM
Kenapa erk... Kenapa erk... Sangat selekeh...
Quote krukx 20-5-2024 01:54 AM
Aku tau la dia mmg gelap. Tp kenapa mcm selebet benor. Dia nk nmpk natural tak mekap tp masalahnya jd kusam
Quote sharlenetexas 20-5-2024 02:50 AM
Herbalife pro israel ke tak?


Quote ezacbee 20-5-2024 02:55 AM
Retis sendu saje nak up nama.

Quote alesandra 20-5-2024 04:21 AM
Nak menambah nama dlm list keww?apa masalah dia ni?kenapa retis tersangkak ni x mau diam?kenapa masing2 menggelupur petik2 nama nabi,Allah?selama ni ada kesah ke tuntutan agama? takk kann?mcm2 alasan kita buat
Quote Burong_Hantuk 20-5-2024 07:51 AM
Kawan aku pernah ternampak si nurul ni depan mata...berkerak & selekeh yang amat!!
Quote cikatilia 20-5-2024 10:44 AM
Lain mcm Kepam keladak  kaka ni
Quote babelina 20-5-2024 10:49 AM
timah03: Kenapa erk... Kenapa erk... Sangat selekeh...


knnnn.. lama dh tgk dia nie.. selekeh yg amattttt..
Quote renko 20-5-2024 10:54 AM
kopek mcm ebony
Quote siasia 20-5-2024 12:06 PM
Nama xde ke dlm list.. ke mengharap supaya disebut?
Quote Nurdianah 20-5-2024 12:09 PM
herbalife takda pil naik seri ka?
Quote prettygood 20-5-2024 12:16 PM
sape lah yg ancam tu ya.. ramai ke? berapa org tu
Quote rbmy 20-5-2024 01:33 PM
tek dia besar sikit dah dari dulu. ke bra dia.. dia ni lawa tp selebet .... berminyak muka
Quote jihyomelly 20-5-2024 01:59 PM
makin lama makin kepam..byk jugak yg hitam manis contoh si hanesya yg dewi remaja tapi tak nampak kepam busuk belengas..diam2 la acik oiii kat bali tu..saja nak limelight nak jugak nama disebut2
Quote bottombikini 20-5-2024 02:07 PM
sendiri yg rasa terancam dah kenape
kau pro US kah
oh lupa nama pun depp
Quote hanihan16 20-5-2024 02:10 PM
teringat adik dia yg die hard fan kokping tu, sape ke nama ntah. masih ngefan kokping ke agaknya. haha tiber
Quote dewi_rina 20-5-2024 02:20 PM
Kepamnyaaaa, ada je org kulit gelap tapi nampak bersih shining.. Contoh, dayang
Quote KamikuP 20-5-2024 02:22 PM
Selambaknya tetek dia mcm masam pun ada - itu je meolls nak komen.. ekekekek

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.055004 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top