Satu video menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila satu jenama minyak wangi menjadikan seorang wanita sebagai ‘umpan’ bagi menarik perhatian orang ramai terutamanya kaum lelaki menggunakan produk wangian yang dikeluarkan mereka. Iklan minyak wangi mengundang kecaman Video itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menganggap ia sebagai mempermainkan hukum hakam dalam agama Islam. Dalam hantaran tersebut, jenama itu menggunakan model wanita untuk berjalan di sekitar kaum lelaki yang sedang duduk di satu tempat dan menggunakan aroma minyak wangi mereka bagi tujuan menarik perhatian. Gara-gara itu, netizen tampil menegur jenama minyak wangi itu untuk memberhentikan gaya promosi seperti demikian kerana ia turut dijelaskan dalam sebuah hadis. "Saya memohon hentikan iklan sebegini. Tidak takutkah kalian dengan ancaman baginda Nabi? Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda.." "Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya (HR Nasa’i)." Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh individu tersebut. "Pakai kenyataan guna minyak wangi untuk pikat suami, tapi iklan guna dekat lelaki ajnabi dekat tempat awam. Iklan macam ni hanya mendatangkan kesan buruk kepada wanita." "Definisi sanggup buat apa sahaja asalkan tular di media sosial." SUMBER : X/Beautifulnara |
prince_marhaen replied at 7-5-2024 09:18 AM
melambak ye cikki cikki sundel bertudung jual minyak wangi pheromone ni, dulu2 perfume / minyak ni j ...
sayurmayur88 replied at 7-5-2024 09:29 AM
hahaha, semua yg uolls type iolls like, terluahkan apa yg iolls pikir dgn fyp2 tt yg ntah apa2..
prince_marhaen replied at 7-5-2024 09:40 AM
iye, sebab meol dulu kawan ngan kawan chemist, dia pelik ramai beli perfume ni yang jual lambak2 m ...
prettyuglybabe replied at 7-5-2024 10:05 AM
ni perfume untuk wangi macam perfume mahal ke atau perfume macam kopi kuat nak berjimak?
_blackbird replied at 7-5-2024 02:49 PM
perfume apa ni, mana video penuh. dari aku 25thn aku pakai perfume chanel jer. sebelum 25 ntah nama ...
Jitu replied at 7-5-2024 03:08 PM
skrg umur berapa ?
_blackbird replied at 7-5-2024 03:12 PM
30++
Jitu replied at 7-5-2024 03:21 PM
oh baya2
sori la iols panggil kaka sebelum ni
prince_marhaen replied at 7-5-2024 09:40 AM
iye, sebab meol dulu kawan ngan kawan chemist, dia pelik ramai beli perfume ni yang jual lambak2 m ...
matseh replied at 7-5-2024 03:51 PM
old spice
bau jantan. The Man Your Man Could Smell Like
Dulu ada jual kat EON, skrg dah tak ada.