Lelaki mana yang tidak terkejut apabila mengetahui wanita yang dinikahi ternyata seorang lelaki. Lebih menyedihkan, pembongkaran ini berlaku hanya 12 hari selepas pasangan itu bergelar sebagai suami isteri.
Menurut laporan Detik.Com, lelaki yang dikenali sebagai AK tidak menyangka isterinya, Adinda Kanza seorang lelaki walaupun sudah berkawan sejak setahun lalu. Namun, dia mula curiga dengan Adinda apabila dilihat tidak suka bergaul dengan keluarga dan masyarakat serta menolak permintaanya untuk lakukan hubungan intim. Selain itu, keluarga AK berkunjung ke rumah Adinda juga terkejut apabila ayah Adinda sendiri mengesahkan bahawa anaknya adalah lelaki. "Setelah itu keluarga AK, mendapatkan Adinda hinggalah dia mengakui bahawa dia sebenarnya adalah seorang lelaki." "Keluarga AK sangat terkejut dengan fakta itu, sebab semasa mereka dinikahkan Adinda mengatakan bahawa ayahnya hilang, hingga mereka dinikahkan oleh wali hakim." Selepas AK mengetahui dirinya ditipu, dia telah membuat laporan polis dan siasatan mendapati Adinda berjaya mengaburi mata publik dengan penampilan seperti perempuan. "Apatah lagi apabila dia mengenakan solek memang mirip wanita, jika diperhatikan daripada foto pernikahan mereka juga terlihat seperti wanita." "Suaranya juga lembut, jadi langsung tidak menimbulkan keraguan bahawa dia adalah lelaki." Kejadian yang berlaku di Indonesia ini, raih perhatian netizen dan Adinda telah ditahan pihak polis bagi siasatan lanjut. Kredit: Detik.Com/OhMedia
|
B40tastePosh replied at 6-5-2024 11:31 PM
Kahwin tapi tak nak ngesek
Mesti kahwin sebab nak kan harta macam @trisnalovezul
trisnalovezul replied at 18-5-2024 12:07 AM
Wanita bijak nikah kerna harta..kasian wanita msia laki kaya ngak mau nikah sama kalian lagi suka ...