(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5452|Reply: 0

[Pulau Pinang] Unit Pengurusan Bencana siap sedia hadapi bencana industri di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 21-5-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Unit Pengurusan Bencana siap sedia hadapi bencana industri di Pulau Pinang

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

21 Mei 2024 12:54pm








Kon Yeow




PERAI - Unit Pengurusan Bencana yang ditubuhkan kerajaan Pulau Pinang sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi bencana industri di Pulau Pinang.

Unit yang diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang (PSUKPP) itu turut berperanan dalam mengintegrasikan pergerakan bantuan ketika berlaku sebarang bencana di negeri ini.



Unit Pengurusan Bencana ini dibahagikan kepada empat pecahan unit yang merangkumi unit Data dan Perancangan, Pentadbiran dan Kewangan, Jaringan Luar dan Kapasiti serta Operasi dan Pasca Bencana.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, di bawah unit berkenaan, semua tenaga kerja iaitu pihak kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat, masyarakat dan individu telah digerakkan bersama-sama untuk berkhidmat sebagai satu pasukan yang padu bagi menangani krisis.



Menurutnya, sehubungan itu, satu latihan simulasi bencana industri telah dijalankan bertempat di Pelabuhan Pulau Pinang.

"Kita semua sedia maklum bahawa negeri ini merupakan sebuah negeri perindustrian dengan pembangunan utama negeri dipacu oleh sektor ekonomi berkaitan. Oleh itu, kerajaan negeri sentiasa cakna terhadap kepentingan sektor ekonomi ini.

"Kerajaan juga akan sentiasa memastikan supaya sektor perindustrian dapat beroperasi dengan risiko minimum serta ketersediaan awal bagi mengelakkan apa juga perkara tidak diingini.

"Selari dengan itu, objektif utama latihan simulasi bencana yang julung kali diadakan ini adalah bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan kecekapan dalam menghadapi bencana industri di Pulau Pinang. Ia juga sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai pengurusan bencana dalam kalangan agensi responder," katanya.






Semua agensi terbabit sedang menjalankan simulasi bencana industri di PBCT pada Selasa.




Kon Yeow sebelum itu merasmikan Latihan Simulasi Bencana Industri Pulau Pinang 2024 di Terminal Kargo Pukal Perai (PBCT) di sini pada Selasa.

Tambah beliau, dengan pelaksanaan latihan simulasi itu, ia diharap dapat menguji serta memantapkan peranan agensi-agensi serta setiap Pasukan Tindakbalas Kecemasan (ERT) pemain industri yang mempunyai Pepasangan Bahaya Besar di Pulau Pinang.

"Sesi libat urus dan koordinasi melalui Tabletop Exercise yang telah diadakan pada 8 Mei lalu telah memberikan gambaran jelas mengenai kesediaan setiap agensi bagi menghadapi simulasi bencana industri pada hari ini.

"'Crisis Communication’ di setiap lapisan pengurusan bencana perlu dipertingkatkan bukan hanya untuk menjelaskan tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat yang boleh menjejaskan imej kerajaan, malah memastikan setiap pasukan dalam pengurusan bencana memahami dengan jelas peranan dan tanggungjawab masing-masing," ujar beliau lagi.

Kon Yeow berkata, pengurusan bencana perlu dikendalikan secara bersepadu oleh semua agensi supaya tindakan pada setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif.

"Arahan ini juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani bencana.

"Pengurusan bencana bukan sahaja terletak di bahu kerajaan Pusat malah kerajaan negeri dan pentadbiran di peringkat daerah mempunyai peranan serta tanggungjawab masing-masing untuk bersama-sama mengurus dan mengurangkan risiko bencana.


Kon Yeow (empat dari kiri) merasmikan Latihan Simulasi Bencana Industri Pulau Pinang 2024 di PBCT pada Selasa.




"Pihak industri serta masyarakat perlu turut berperanan dalam membantu kerajaan mewujudkan persekitaran yang selamat," katanya.

Menurut beliau, kerajaan Pulau Pinang juga telah meluluskan penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana atau depoh yang bakal dibangunkan di atas tanah milik kerajaan di kawasan Seberang Perai Tengah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.315151 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list