(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3676|Reply: 41

[Tempatan] Kurma sebagai rawatan tambahan penyakit kencing manis

  [Copy link]
Post time 24-6-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Kurma sebagai rawatan tambahan penyakit kencing manis
24 Jun 2024 02:18pm

Shukor menunjukkan kurma Ajwa dan Maryami semasa ditemubual Bernama, dalam usaha mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan terhadap diabetes di UniSZA, baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA NERUS - Lazimnya individu yang menghidap kencing manis sering dinasihatkan menghindari diri daripada makan kurma kerana dikatakan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Namun sekumpulan penyelidik daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menepis persepsi terhadap makanan sunnah itu melalui kajian Rawatan Tibb Bagi Penyakit Kencing Manis, dengan mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan kepada diabetes.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA, Prof Dr Shukor Abd Razak berkata, penyelidikan selama tiga tahun bermula November 2023 itu merangkumi kajian terhadap keberkesanan kurma sebagai rawatan sokongan dengan melibatkan pesakit kencing manis di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan Pusat Rawatan Darul Syifa di Kuala Nerus.

"Sebelum ini pesakit kencing manis sering dinasihatkan perlu beringat sekiranya ingin memakan kurma kerana terdapat risiko berlakunya perubahan pada kandungan gula dalam darah.

"Namun telah terdapat banyak kajian berkaitan kurma dijalankan di luar negara yang menolak dakwaan tersebut malah kebanyakan kajian mendapati kurma mempunyai banyak zat yang diperlukan untuk kesihatan seperti magnesium, kalsium dan zat besi,” katanya kepada Bernama di sini.

Shukor berkata, projek penyelidikan yang menerima dana RM300,000 daripada UniSZA itu menggabungkan kepakaran pelbagai bidang pengetahuan daripada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan Fakulti Perubatan.

Selain kebaikan kurma dalam membantu pesakit kencing manis, beliau berkata antara kajian bakal dirungkai melalui penyelidikan ini adalah bahan-bahan rawatan lain yang terkandung dalam kitab Melayu klasik seperti herba bagi penyembuhan kencing manis, amalan perubatan Islam yang berkesan, rawatan sokongan secara teori dan pratikal, serta cabaran perlu dihadapi jururawat dalam membantu pesakit diabetes Muslim melakukan ibadat seperti solat sepanjang berada di hospital.

"Penyelidikan ini bukan bermakna kita menidakkan rawatan secara klinikal. Kita tetap memberikan rawatan klinikal terlebih dahulu sebelum memberi tawaran kepada pesakit sekiranya mereka ingin mencuba rawatan tambahan melalui kaedah memakan kurma ini.

"Pesakit yang bersetuju akan berjumpa dengan perunding kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah memakan kurma,” katanya.

Shukor (tiga dari kanan) bersama penyelidik semasa ditemubual Bernama, dalam usaha mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan terhadap diabetes di UniSZA, baru-baru ini. Foto Bernama

Melalui penyelidikan ini katanya, dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi pihaknya menjangkakan dapat menghasilkan penemuan dan penyelesaian holistik bagi mengurangkan jumlah pesakit kencing manis di Malaysia yang kini merupakan antara pembunuh utama rakyat di negara ini.

Selain itu katanya, rawatan kencing manis melalui amalan pengambilan kurma juga dijalankan dengan hasrat untuk memartabatkan rawatan Islam.

Sementara itu, perawat dan tenaga pengajar Pusat Rawatan Darussyifa (Darussyifa) Kuala Nerus, Prof Madya Dr Berhanuddin Abdullah berkata kurma telah dijadikan makanan tambahan buat pesakit kencing manis di pusat rawatan Islam berkenaan sejak dua tahun lepas.

Dr Berhanuddin ditemubual Bernama mengenai usaha mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan terhadap diabetes di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), baru-baru ini. Foto Bernama

"Kurma ini bersifat serat dan ia boleh menghapuskan gula yang tidak elok serta menggantikan gula yang bertenaga untuk badan. Kita dapat lihat betapa kuatnya jemaah yang melakukan ibadah umrah dan haji di tanah suci kerana memakan kurma.

"Untuk pesakit telah lama menghidap kencing manis dan mengalami kandungan gula tinggi, kita akan nasihatkan untuk memakan kurma Mariami yang isinya lebih keras dan kurang manis berbanding kurma Ajwa yang lebih lembut serta manis,” katanya.

Beliau berkata, pesakit disarankan untuk mengambil antara satu hingga lima biji kurma setiap hari, bergantung kepada tahap kandungan gula masing-masing.

"Kebiasaannya untuk pesakit yang perlu mengambil suntikan insulin dengan dos tinggi, kita akan nasihatkan untuk memakan lima biji kurma sehari bagi mengelakkan mereka mengalami gejala hipoglesemia akibat dos insulin yang tinggi,” katanya. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
aku klu dgr utk perubatan holistik ni, auto otak aku kata scam. ????
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn ke kurma tu manis
aritu xsempat nk try letak butter tu..i bkn selalu mkn kurma..time posa pun mkn awl awl je..xsuka sbb manis
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Consume dried fruit? Facepalm.
Uols yg ada diabetes selain pantang semua jenis gula boleh masukkan cincau atau serbuk kulit kayu manis dlm menu2 harian, jgn lupa ikut sukatan yg dibenarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah menuju ke usia senior ni makin tak mampu nak jamah kurma sebiji pun tak tahan manis. Awal2 puasa puas paksa diri dpt mkn 2 3 hari je pastu simpan je le. Skrg mmg tak beli dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak punya la tanak makan kurma ni sbb manis risau gula dlm darah tinggi
Tiba dia kata leh jd rawatan utk kencing manis plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak silap, lain jenis kurma lain kandungan gula. Dalam artikel atas pun dia sarankan Mariami sebab kurang manis berbanding Ajwa.

Macam madu, kelulut kurang kandungan gula berbanding madu biasa atau madu bunga.

Biasanya buah yang muda dan masam kurang kandungan gula berbanding yang masak ranum.

Okay lah tu, takde gula langsung pun boleh hypo. Better makanan semula jadi daripada serbuk2 proses pastu rosak buah pinggang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan puasa aku biasa beli safawi. So next time puasa kena beli kurma mariami nampaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 08:00 PM | Show all posts
try makan sebijik kurma tengok gula meroket sampai mana
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer try edarkn sekotak sorang kat pesakit kcg manis kat spital. Baru boleh kaji berapa org yg sembuh atau selamat dikebumikan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila tengok gambar,hati hitam iols berkata,
Produk tunggang jugak ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 24-6-2024 05:37 PM
Dah menuju ke usia senior ni makin tak mampu nak jamah kurma sebiji pun tak tahan manis. Awal2 puasa ...

Iols mmg tk boleh telan kurma  dari levik sampai la dh tua skrg atas sebab²:

- teringat kat lipas
- manis melecas sampai gigi sakit
- melekat kat gigi mcm makan daging

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak xamik gula putih utk diet, mmg mkn buah2an as source of sugar. Mmg aku akan craving kurma. Mmg x ske mkn kurma, tp sejak stop gula putih, inilah source of sugary. Baru aku tau nikmatnye kurma.

Tp aku xde diabetic. Byk gak aku bantai makan, kdg smpi 10 bijik. Alhamdulillah, byk da penurunan berat badan aku. Ade la turun 10+kg.
Aku bkn penunggang, tp mmg betul la ape Rasulullah SAW ckp, rumah yg ade kurma xkan lapa dan makan kurma masa buka pose tu. Mmg energy booster.

Stop perlahan2 gula putih, setiap kali craving bende manis, amik dan pakse je mkn kurma. Smpi nnt satu saat, kte akan craving kurma. Sedap wooo..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 24-6-2024 08:10 PM
Iols mmg tk boleh telan kurma  dari levik sampai la dh tua skrg atas sebab²:

- teringat kat lipa ...

Lipas? Sbb bentuk ke ada kenangan pahit dgn lipas & kurma ni

Ingatkan aiol je yg kena lekat dkt gigi. Terganggu hidup
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols je ke kalo makan kurma rs mcm energetic lain macam ?? Pernah sekali makan kurma pkul 11 malam mcmtu sekali hambek ko xleh tido rs nak berjalan je
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Prof syukor maap le rupa sendiri pun cam x sihat.

Jemaah haji bukan makan kurma je.. Ni sepupu kat sana duk update hari2 makan apa, mengalahkan duk mesia semua ada. Malam ni puyuh goreng.  Kalau makan kurma semata mau padam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 24-6-2024 08:38 PM
Lipas? Sbb bentuk ke ada kenangan pahit dgn lipas & kurma ni

Ingatkan aiol je yg kena lekat  ...

Cuba chuols tgk betul2 warna bentuk kurma tu, sama kan dgn lipas

Kurma ni melekit.. iols gigi sensitif so benda2 manis melekit ni mmg kena elakkn.

Mil iols mmg pandang sinis je iols tak makan kurma waktu berbuka puasa seolah2 iols ni akan menjadi kayu api neraka kelak sb tkikut sunah nabi

Begitulah bila hati hitam khennnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 24-6-2024 10:19 PM
Cuba chuols tgk betul2 warna bentuk kurma tu, sama kan dgn lipas

Kurma ni melekit.. iols gig ...

Sabo je la
Ni kalau anak aiol yg last tu baca maunya seumur hidup dia tak sentuh kurma dah. Penakut lipas dr kecik

Takpe la chuol ai baca kurma skrg ni pun bkn elok utk kesihatan. Diet yg tak bg mkn gula tu termasuk kurma pun diarg suruh elakkan. Mmg manis lain mcm skrg. Mcm direndam air gula dah rasanya. Nak pula melekat celah gigi ganggu khusyuk time solat ya kumur pun bukannya nak hilang... Ckp dkt maknye gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kurma ajwa mmg bagus
rega pun blh tahan mahal



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nutcrack8 replied at 24-6-2024 08:11 PM
Sejak xamik gula putih utk diet, mmg mkn buah2an as source of sugar. Mmg aku akan craving kurma. Mmg ...

Gula dalam buah-buahan pun tinggi jugak sis kandungan dia.sampai 10 bijik kurma chuols makan?wow!

Iols kalau makan kurma,beli yg fresh tu,xdelah manis mcm kurma yg diawet mcm bentuk lipas tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.236711 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list