(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8611|Reply: 36

Zizi Kirana kongsi detik cemas, hampir Syahid di Syria - “Perasaan saya pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu"

[Copy link]
Post time 21-5-2024 12:34 AM | Show all posts |Read mode




Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik cemas apabila berdepan dengan dua insiden pengeboman ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.


Kata Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 39, sebelum insiden yang meragut lapan nyawa dan 40 cedera parah itu berlaku, Zizi bersama empat individu lain dibawa ke pangkalan tentera Syria oleh askar tempatan dan Turkiye untuk disiasat.


Jelasnya, ketika berada di pangkalan dia terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum kesemuanya dibawa ke bilik bawah tanah oleh tentera.


“Sebelum kejadian saya merakam video sekitar kawasan pasar yang ada di Azaz kerana itu satu-satunya pasar yang ada di wilayah terbabit. Kemudian ada tentera Syria mendatangi kami dan meminta agar memadam semua video yang telah diambil.


“Setelah berpuas hati video tersebut dipadamkan kami dilepaskan. Kami meneruskan usaha untuk membeli beberapa makanan untuk agihan bantuan seterusnya,” katanya ketika ditemui pada konsert minggu kedua The Hardest Singing Show semalam.


Jelas Zizi, kejadian mendebarkan itu berlaku pada malam hari pertama dia tiba di Syria bersama seorang rakan, dua kakitangan pertubuhan Cinta Syria Malaysia dan seorang juruvideo.


Katanya, mereka ke lokasi terbabit kerana ingin mendapatkan bekalan makanan setelah selesai mengadakan misi bantuan pada sebelah siang.



Mengulas lanjut, insiden tersebut turut mencetuskan ketakutan kepada keluarga terutama suaminya, aktor Yusuf Bahrin yang ketika itu berada di Mekah.


“Ketika kejadian saya sempat memaklumkan kepada suami dan meminta maaf supaya dihalalkan makan dan minum. Sekiranya saya syahid pada waktu itu, tolong maafkan salah silap saya.


“Perasaan saya pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila bunyi letupan tersebut kedengaran sangat kuat dan gegaran itu boleh terasa hingga ke jantung.



  



“Apa yang saya boleh boleh buat hanya berdoa dan berserah kepada Allah agar diberi perlindungan dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,” katanya yang mengulas mengenai kejadian pada Ramadan lalu.


Zizi bersama yang lain ditempatkan di dalam bilik bawah tanah di pangkalan tentera itu kira-kira satu jam sebelum dibenarkan pulang ke pejabat organisasi Cinta Syria Malaysia dengan menaiki van.


Setelah kejadian serangan mulai reda, Zizi bersama pasukannya meneruskan misi bantuan kemanusiaan selama enam hari di negara itu.


Sumber  – KOSMO ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Syahid ke kalau bukan fight untuk negara.
Dia pergi sana bagi bantuan jer. Ibarat kat sini kita bagi sedekah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorang lagi, dah boleh sekatil dgn Yatt sejadah anak asyik berdarah, dgn si mata buntang bersuami kan scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tebalnya mekap
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:29 AM | Show all posts
Alamak sekor lagi penonggang. Dah la suara macam jantan. Aritu nampak mata je dua bijik. Sekarang dah togel, tudung pun singkat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt hardest singing show tu asiklah juri puji performance dia bagus, tapi aku tgk dia mcm slow jer mcm tak hard sgt… ntah lah…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2024 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 21-5-2024 01:40 AM
Kt hardest singing show tu asiklah juri puji performance dia bagus, tapi aku tgk dia mcm slow jer mc ...

Aik..dah join program nyanyian pulak?
Dia ke eh suatu ketika dulu nak nyanyi hanya depan wanita saja?ke iols salah orang
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pakai nampak mata je sebelum ni ingatkan selamanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia tak habiskan scene berlakon sebab pakai purdah ke? Nasib tak kena saman dgn A.Aida
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:33 AM | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 21-5-2024 02:12 AM
Aik..dah join program nyanyian pulak?
Dia ke eh suatu ketika dulu nak nyanyi hanya depan wanita sa ...

Itulah pasal, pastu join pulak program astro yg lagho ni. Kalau join show tv alhijrah ke, okay la jugak.
Pastu mggu depan temanya dance, cemanoo nak bergelek dgn jubah2nya tu aduduudu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:34 AM | Show all posts
kdg2 menyampah retis yg suka menonggang isu terkini...terpaling sanggaaddd
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pempuan akhir zmn byk jahil.
Nk dpt pahala syahid dduk dlm rumah hidang mknn kt suami, masak juadah bersih, jaga anak2, urus kwangan suami ( bantu ), jaga hbgan dgn mertua, jaga mk ayah, jaga pnddikan anak2, smua ni dh pahala syahid berkoyan2.

Wanita ni kena jaga puki, jaga iman, jaga maruah, taat suami, otometik ke surga. Xyh penat2 cari nafkah kt luar, berlumba tunai haji, lagi2 ke negara perang/ kebuluran nk konon sedekah bagai buat undang fitnah. Tinggal suami kt rumah pun dh berdosa, pehur musafir jauh2 tanpa mahram, musafir pulak ke tmpt yg bhayakan nyawa. Bodoh nya jelas. Jahil ni, kena bljr agama lebih lg.

Sedangkan zmn nabi dulu kaum wanita x dibenar turun ke medan tempur, cuma dibenarkn jdi medical team dlm khemah incase ada yg luka2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:18 AM | Show all posts
ok next!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:24 AM | Show all posts
Xperlu la kot guna perkataan Syahid.
Terkorban mungkin.
Sape kite nk tentukan syahid
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 21-5-2024 07:41 AM
Pempuan akhir zmn byk jahil.
Nk dpt pahala syahid dduk dlm rumah hidang mknn kt suami, masak juadah  ...

yes...well said. perempuan senang masuk syurga kalau jaga semua yg u tulis tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:45 AM | Show all posts
mati masa melahirkan anak syahid tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
gitu pemahaman zizi psl syahid. nak jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 21-5-2024 07:41 AM
Pempuan akhir zmn byk jahil.
Nk dpt pahala syahid dduk dlm rumah hidang mknn kt suami, masak juadah  ...

agreed.

zizi ni kan. igtkan bile dh bertudung litup bagai ni, i ingat takde dh tlibat dgn dunia nyanyian tu sume. jd ala dina amir yg teros fokus dunia umhtangge die.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 21-5-2024 07:12 AM
Bukan dia tak habiskan scene berlakon sebab pakai purdah ke? Nasib tak kena saman dgn A.Aida

Kesian A.aida. I ada soft spot dgn sheol. Dlu dia vs amylea pon ramai skong ame. I side sheol. Ni klau dia xbg aritu mau kena kecam dgn extremist. Tuptup ni dah berjoget bagai xselari lgsg dgn apa yg keluar dari mulut
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:47 AM | Show all posts
kemainnnn ambitious eh..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.403498 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list