(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1391|Reply: 2

Buncit selepas kahwin bukan bahagia [18sx]

[Copy link]
Post time 18-5-2024 12:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkentot at 17-5-2024 07:06 AM

Tapi hakikatnya atau fakta yang perlu kita tahu:

Lelaki yang dah kahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.

Bila ade sexual intercourse, orgasm & etc kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang encourage cell growth.

Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori.
Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.



Setiap individu mengidamkan untuk memiliki bentuk badan yang menarik walaupun selepas berkahwin terutamanya buat yang bergelar wanita. Pun begitu, sangat ramai orang yang kita kenal akan menjadi gemuk selepas berkahwin. Adakah ia sesuatu yang boleh dianggap normal?


Sudah menjadi norma masyarakat kita, pertambahan berat badan seringkali dikaitkan dengan kebahagiaan. Namun, tidak wajar untuk kita menggunakan alasan bahagia sebagai punca berat badan bertambah selepas berkahwin. Jadi, sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui punca sebenarnya.

Ramai mengatakan berat badan akan bertambah selepas berkahwin kerana bahagia bersama pasangan melayari bahtera rumahtangga. Ya, pernyataan ini mungkin ada benarnya. Namun begitu, terdapat punca yang lebih spesifik dan dapat dijelaskan oleh sains. Berikut merupakan punca gemuk selepas berkahwin yang sebenar:

#1. Tiada masa untuk aktiviti fizikal

Semasa zaman bujang, anda mungkin masih memiliki masa senggang yang boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersenam atau bersukan. Ini adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan perut menjadi puncit dan badan menjadi gemuk agar saham anda tidak jatuh.

Selepas berkahwin, masa senggang ini tidak lagi digunakan untuk aktiviti fizikal kerana anda mungkin sibuk menghabiskan masa dengan pasangan melakukan aktiviti yang selalu dilakukan oleh pasangan yang sedang mabuk cinta seperti menonton wayang, bersiar-siar di taman bunga bahkan makan di restoran yang romantis.

Sebaiknya, anda dan pasangan perlu menyeimbangkan kehidupan romantis anda dengan aktiviti fizikal agar rumahtangga kekal bahagia dan sihat!

#2. Emosi tidak stabil
Dalam kehidupan berumahtangga, pasangan tidak akan dapat lari daripada pelbagai jenis konflik dan masalah. Daripada konflik dan masalah itu kemudiannya akan lahir pelbagai emosi yang negatifantaranya stres, cemburu, dan kecewa sekali gus menyebabkan pemakanan tidak dijaga.

Kebanyakan individu terutamanya wanita cenderung untuk makan bagi mengubati perasaan mereka yang sedang terluka. Ini hanya akan menjejaskan berat dan bentuk badan mereka sekaligus menyebabkan pasangan mula hilang minat untuk bersama anda.

Disebabkan itu, proses ini akan berulang selagi anda masih tidak menyedari kelakuan itu akan menyebabkan kerugian kepada anda dan pasangan. Kesannya, anda berisiko untuk menajdi gemuk.

#3. Kehamilan buat suami isteri gemuk bersama

Ini merupakan punca yang sukar untuk dielakkan kerana setiap pasangan mendambakan cahaya mata yang comel untuk memeriahkan rumahtangga mereka. Ketika hamil, kebanyakan wanita cenderung untuk mempunyai selera yang tinggi atau mengidam makanan yang pelik-pelik dan tidak bernutrisi.

Bukan sahaja wanita, lelaki juga akan lebih kerap makan untuk menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh isterinya lalu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami pertambahan berat badan. Dalam erti kata yang lebih mudah, kehamilan boleh mengakibat anda dan pasangan menjadi gemuk bersama.

#4. Tidak suka akan pembaziran

Kos sara hidup kini sangat tinggi dan pembaziran adalah sesuatu yang sangat perlu dielakkan. Kebanyakan individu yang sudah berkeluarga sama ada sudah mempunyai anak atau belum sangat benci akan pembaziran.
Ini seterusnya menyebabkan mereka saling menghabiskan makanan sesama ahli keluarga mereka. Akibatnya, berat badan dalam kalangan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa akan menjadi gemuk.


#5. Isteri ingin memenuhi selera suami
“Ambil hati suami, mula dari perutnya”. Ungkapan ini seringkali diujarkan untuk memberi pesanan kepada isteri agar sentiasa memenuhi selera suami agar kebahagiaan dapat dicapai.

Disebabkan itu, para isteri gemar memasak pelbagai jenis hidangan demi memenuhi selera suami mereka begitu juga sebaliknya. Akibatnya, berat badan pasangan suami dan juga isteri akan mula bertambah.


#6. Keselesaan dan kepastian buat badan menjadi gemuk

Sebelum berkahwin, kebanyakan individu terutamanya wanita sangat mementingkan bentuk badan mereka dalam usaha menarik perhatian bakal pasangan mereka.

Namun begitu, semua ini akan berubah selepas berkahwin kerana mereka sudah mula berasa selesa dan pasti dengan kedudukan mereka yang sudah tidak akan terancam.

Ini membuatkan mereka semakin malas untuk kelihatan menarik di hadapan pasangan bahkan mula makan tanpa sebarang had kerana mereka tidak lagi peduli akan berat badan mereka.

Konklusi

Kesimpulannya, isu pertambahan berat badan atau gemuk selepas perkahwinan sebenarnya merupakan isu yang sangat perlu diberi perhatian yang lebih khusus.

Ini kerana berat badan yang tidak ideal bukan sahaja akan menyebabkan anda tidak lagi kelihatan menarik di hadapan pasangan, ia juga akan menyumbang kepada pelbagai kondisi kesihatan seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.

Sebaiknya, sentiasa peka dan waspada terhadap berat badan anda walaupun selepas berkahwin bagimenjamin hidup yang lebih sihat dan sejahtera.











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Punca stress dan banyak fikir tu je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2024 02:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.076825 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list