(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4490|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penjaga parkir didakwa halang anggota polis jalankan tugas

[Copy link]
Post time 21-5-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Penjaga parkir didakwa halang anggota polis jalankan tugas


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PENJAGA parkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: Penjaga parkir dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas di Balai Polis Dato Keramat pada Ahad lalu.

Tertuduh, Supramaniam, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, anak sulung daripada tiga beradik itu didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu seorang lans koperal berusia 25 tahun dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota sentri di pekarangan balai polis berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 pagi 19 Mei lalu di pekarangan Balai Polis Dato Keramat di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini, manakala tertuduh diwakili Ranjit Singh Sandhu.

Dalam prosiding itu, Darrshini menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada tertuduh dengan syarat tambahan iaitu perlu lapor diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan serta tidak boleh mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, Ranjit memohon jaminan sebanyak RM2,000 diberikan kepada anak guamnya atas alasan dia bekerja sebagai penjaga parkir dengan pendapatan RM1,800 sebulan.

"Saya ingin menarik perhatian Yang Arif bahawa kes ini bukan sama dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor sebaliknya tujuan utama anak guam saya ke balai berkenaan bagi mengambil motosikal milik bakal adik iparnya susulan lelaki itu ditahan atas kesalahan dadah.

"Tiada senjata digunakan dalam kejadian itu yang menunjukkan dia seorang yang bahaya serta perlu lapor diri di balai polis setiap bulan.

"Selain itu, untuk makluman mahkamah anak guam saya juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku selepas ini," kata Ranjit Singh.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tidak boleh mendekati atau mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebut semula kes pada 20 Jun depan.

Ahad lalu, Harian Metro melaporkan lelaki dengan empat rekod lampau ditahan selepas cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota di pintu pagar balai polis berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan lelaki yang ditahan itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 90 Akta Polis 1967.



Disiarkan pada: Mei 21, 2024 @ 2:59pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.229968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list