(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9276|Reply: 0

Ratcliffe mahu Ivan Toney di Old Trafford

[Copy link]
Post time 21-5-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode

TONEY berada dalam radar United untuk menambah sengat jentera hadapan mereka musim hadapan. - AFP

MANCHESTER – Manchester United memulakan langkah awal membentuk pasukan yang lebih baik musim dengan dengan menjadikan penyerang Brentford, Ivan Toney sebagai sasaran utama untuk meningkatkan ketajaman jentera hadapan pasukan itu.

Perkembangan itu dikatakan berpunca daripada keinginan pemilik bersama kelab, Sir Jim Ratcliffe yang meletakkan Toney sebagai pemain buruan mereka bagi mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan selepas hanya mampu meledak 57 gol sahaja.

Sama ada Erik ten Hag kekal atau tidak sebagai pengendali pasukan, Ratcliffe telah mengalihkan kuasa perpindahan daripada tangan pengurus kepada pengarah teknikal, Jason Wilcox dan ketua eksekutif, Omar Berrada.

Menurut laporan, Ratcliffe dan pasukannya berhasrat untuk memperkuat empat bahagian pasukan musim panas ini dengan fokus untuk mendapatkan seorang pemain pertahanan tengah, pemain tengah, penyerang serta seorang pemain sayap kanan.

United akan melancarkan tawaran besar untuk menarik Toney dari Brentford dengan Ratcliffe dikatakan telah bersedia untuk mengejutkan dunia bola sepak menerusi satu nilai yang mungkin di luar jangkaan.

Sementara itu, pemain bernilai £72 juta (RM 428.4 juta), Rasmus Hojlund, telah menunjukkan prestasi baik dalam beberapa perlawanan dengan mengumpul 15 gol dari 41 penampilan namun, dia masih dianggap kurang berpengalaman. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ey-di-old-trafford/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.049228 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list