(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5629|Reply: 9

Rakyat Malaysia berkhidmat di Masjid Nabawi sebagai penterjemah kepada jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand

[Copy link]
Post time 16-5-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode




MADINAH: Bayangkan sehari bekerja dapat dua jam berehat atau meluangkan masa di dalam Raudah, jika setahun tidak tolak cuti bermakna, 365 kali dua jam ada 730 jam dapat duduk di dalam Raudah.


Alangkah bertuah dan bahagianya bagi Zuraini Mukri, 46, satu-satunya rakyat Malaysia yang bertugas di Masjid Nabawi sebagai penterjemah kepada jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.


Jika dilihat dari segi penampilan dan cara berpakaiannya yang sama sebagaimana wanita Arab Saudi, tiada siapa menyangka individu ini adalah anak Melayu jati asal Selayang yang berkhidmat dengan pengurusan Masjid Nabawi sejak setahun lalu.


Malah, anaknya Nur Afrina Noordin, 20, turut mengikuti jejaknya bekerja di bawah pengurusan Masjid Nabawi.


Zuraini turut berperanan sebagai sebahagian kakitangan yang menjaga Raudah dan memastikan semua pengunjung wanita mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pengurusan.


Raudah adalah satu tempat di Masjid Nabawi yang menjadi impian setiap jemaah haji atau umrah untuk mengunjunginya kerana dikatakan tempat paling mustajab berdoa.


"Setiap hari, kerja saya akan membabitkan beberapa tugasan sama ada di kaunter penerangan, di dalam kawasan Raudah atau kawasan lain sekitar Masjid Nabawi.


"Tanggungjawab saya lebih kepada kerja penterjemah untuk jemaah dari Indonesia, Malaysia, Brunei dan Thailand. Saya akan memastikan pengunjung mendapat maklumat lengkap dan mematuhi arahan sewajarnya apabila memasuki Raudah dan Masjid Nabawi," katanya ketika ditemui Petugas Media Tabung Haji di sini, baru-baru ini.


Zuraini kini menetap di Madinah bersama suaminya, Dr Noordin Othman serta lapan anak sejak lebih 10 tahun lalu.


Tugasan di Masjid Nabawi dilakukan olehnya lima hari seminggu dengan mengikut jadual yang diberikan olehnya.


Menurut Zuraini lagi, banyak pengalaman ditimba sepanjang setahun berkhidmat di Masjid Nabawi.


"Saya selalu ingatkan diri saya, ada pelbagai karakter manusia yang datang ke sini. Jadi saya perlu melayan mereka seperti biasa dan sama adil.


"Selain itu pengunjung yang datang ke sini juga ada pelbagai ragam. Ada antaranya yang terus merakam video, berswafoto dan memindah naik dalam media sosial terlebih dahulu apabila dapat memasuki Raudah, walhal masa yang diberikan untuk beribadat dalam Raudah sangat pendek," jelasnya.


Dalam pada itu, menurut Nur Afrina, bekerja di Masjid Nabawi dan Raudah banyak mengajarnya mengenai ilmu kehidupan.


"Alhamdulillah, saya diberi peluang melihat dan mempelajari banyak ilmu mengenai pelbagai ragam manusia yang datang ke sini," jelasnya.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 10:16 PM | Show all posts
Inilah satu2nya kerjaya yg harus dicemburui oleh sekalian muslimin, iaitu sentiasa beribadah dn berkebajikan kpd jemaah2 lainnya. Saban waktu, sentiasa berada di dlm masjid Nabawi dan mendampingi jemaah yg beribadah di situ. Hidup sentiasa berwudhu, beribadah dan jauh sekali memikirkan hal2 duniawi yg bermegah2 dgn materi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kat belakang tu apa? Macam banyak matanya...seram
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 01:54 AM | Show all posts
takyah fikir untuk berforum dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 17-5-2024 10:16 PM
Inilah satu2nya kerjaya yg harus dicemburui oleh sekalian muslimin, iaitu sentiasa beribadah dn berk ...

Kan....duit gaji pun tetap masuk sambil fefeeling di syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 02:29 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-5-2024 02:17 AM
Kan....duit gaji pun tetap masuk sambil fefeeling di syurga.

Fefeeling di syurga tu tak taulah, tapi sekurang2nya dpt merasakan manisnya hidup berpaksikan ibadah dn dekat dgn Allah swt, full taqwa. IsyaAllah perasaannya tenang dn tak sempat nak fikir ttng tantangan dn masalah hidup:  nak makan ape, nak berfesyen ape, tudung bawal ke/pushmina ke, suami curang ke........kerisauan begitu tak sempat nak singgah dlm fikiran. Most of the time aktiviti dia adalah di dlm masjid, berkhidmat utuk jemaah luar yg hadir seketika di Madinah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah 10 thn dah mereka sekeluarga menetap di sana..mmg rasa cemburu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh bezalah dengan kerja 1 juta daripada 1.6 juta penjawat awam yg makan gaji buta & underperformed.... Gaji & pencen nak besar, kerja nak malas2 & mencuri. Jadi parasit hisap keringat & cukai rakyat jelata. Kaunter 8 bukak 2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau period camne pula ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Penampakkan bangla sapu sampah subuh duit sedekah dpt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064490 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list