(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5575|Reply: 19

“Tentang Boikot Pun Keliru Hendak Lakukan Atau Tidak. Nanti Dajjal Muncul, Tidak Tahulah”- Elfira Loy Seru Selebriti Lepaskan ‘Contract’ Zionis ...

[Copy link]
Post time 15-5-2024 10:30 PM | Show all posts |Read mode






Kempen Blockout 2024 yang dilancarkan baru-baru ini di media sosial telah memberikan impak besar terhadap imej beberapa selebriti tanah air.


Inisiatif ini bertujuan untuk memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan jenama yang didakwa menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.


Kempen ini telah menarik perhatian ramai, termasuk pelakon terkenal Elfira Loy, yang turut menyuarakan pandangannya.


Elfira Loy berpendapat bahawa gerakan boikot tersebut harus dilakukan oleh semua pihak, termasuk golongan selebriti.


Menurutnya, tidak wajar untuk menggunakan alasan bahawa rezeki yang diperoleh melalui kempen dengan jenama tersebut adalah rezeki daripada Tuhan.


“Jadi, dengan puak (Zionis) begini ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka. Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, belajar untuk lepaskan. Percayalah Allah akan beri lebih baik,” kata Elfira.


Elfira turut menekankan bahawa kelantangan dan tindakannya dalam memboikot pelbagai jenama bermula apabila dia sendiri pernah dikritik dalam isu yang sama sebelum ini.








“Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana. Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja. Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot,” ujarnya.


Sejak beberapa hari yang lalu, kempen Blockout 2024 telah mendapat sokongan meluas di media sosial, di mana ramai pengguna menyeru untuk memboikot selebriti dan jenama yang dikaitkan dengan sokongan kepada kekejaman Zionis.


Elfira mengajak semua pihak, terutama selebriti, untuk mempertimbangkan semula kerjasama mereka dengan jenama-jenama tersebut dan berusaha mencari alternatif lain yang tidak bercanggah dengan prinsip kemanusiaan dan keadilan.


“Sekiranya kita yakin rezeki datang daripada Allah, maka kita harus percaya bahawa melepaskan sesuatu yang tidak baik akan membawa kepada rezeki yang lebih baik,” tambahnya.


Kempen Blockout 2024 ini juga memberi ruang untuk perbincangan dan refleksi lebih mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab selebriti dalam menyokong isu-isu kemanusiaan.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 11:00 PM | Show all posts
Over konyahhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 11:04 PM | Show all posts
terpaling boikot
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dajal?

Beksin kobid pun dah cukup buat ummah keliru dan berpecah belah dengan penuh efektif. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 07:39 AM | Show all posts
terpaling.....bosannnn........
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 08:34 AM | Show all posts
ini kali aku setuju dengan sin chan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 10:58 AM | Show all posts
Time dajjal datang lagi teruk godaan & dugaan. Time kemarau panjang, Dajjal akan offer sungai dgn syarat kena sembah dia. Kita skrg nk boikot benda2 simple cam McD, Starbucks pun susah, ada y x mahu boikot langsung.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling suci.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cakap macam tu sebab dia takde job kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 02:24 PM | Show all posts
Hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
f artis suam suam kuku berbicara memang kelakar, ko bolehla sembang kencang dikkk sbb tak pernah jadi brand ambassador ke penah? Benda ni makan masa nak withdraw and so.. menyampah lah baca
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bab kontrak ni bukan boleh buat main2 sukahati bila2 nak lepaskan..kau yang takde sign kontrak atau dah kena terminate, senang la cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu...
dia untung la...dpt kawen dgn anak orka...

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 16-5-2024 09:43 PM
Dia cakap macam tu sebab dia takde job kan

Knnn, padahal dulu pnh jd model Maybelline kn. Sebaik time tu, ada je krisis Palestin- Israel tp x skala besar la. Cuba time tu skala besar, nk lepaskan jgk kontrak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 17-5-2024 07:43 PM

Nanti tsunami blekrok lak.. dia nak fly celah mana..
Padahal sapa ingat dulu dia head to toe semua jenama israhelll.. kelek beg apa tew? Carlo rino ke nokss
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi yasmin aziz tu patut boikot. Walau takda kena mengena dgn produk berkaitan pun tetap la boikot sebab annoying gila. Terpaling pinoy terpaling bespren. Dengan lemak tepu dan yakin seksi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 16-5-2024 09:43 PM
Dia cakap macam tu sebab dia takde job kan

Dia ini kenapa tiba2 nak berkawaan dengan geng2 influencers? Business minded.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 17-5-2024 08:04 PM
Tapi yasmin aziz tu patut boikot. Walau takda kena mengena dgn produk berkaitan pun tetap la boikot  ...

Yazmin tu produk tak seberapa tapi asyik2 cite melekat dgn bf.


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm....

Saya kat sini je dah kompius dengan komen² forumer ni...

Boikot, korang kutuk terpaling...
Tak boikot, lagi korang kutuk tak alert...
Cakap pasal boikot, kena kutuk terpaling juga...
Tak cakap pasal boikot, lagi la kena kutuk...
Sokong boikot, pun kena cop terpaling...
Tak sokong boikot, lagi kena cop ahli neraka terus...


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-5-2024 02:10 AM
Yazmin tu produk tak seberapa tapi asyik2 cite melekat dgn bf.

Produk dia melekat dgn bf la. Tak pun nyanyi tepuk2 meja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.078042 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list