(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6197|Reply: 0

[Sabah] Sebutan semula kes bunuh pelajar kolej 27 Jun depan

[Copy link]
Post time 16-5-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode


PROSIDING: Semua tertuduh ketika hadir di Mahkamah Majistret Lahad Datu.

LAHAD DATU:  Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 27 Jun depan sebagai tarikh baharu bagi sebutan semula kes 13 remaja lelaki yang dituduh membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, pada Mac lalu.

Tertuduh berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh mangsa di sebuah kolej di daerah ini, kira-kira jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac.

Semua tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Prosiding di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.

Pemberita termasuk anggota keluarga mangsa turut diperintahkan supaya tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding itu berjalan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao manakala tujuh daripada 13 tertuduh diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Chen Wen Jye dan Amirul Amin Rashid.

Manakala, seorang lagi pesalah diwakili peguam Abdul Gani Zelika dan lima tertuduh lain tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.098688 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list