(Go: >> BACK << -|- >> HOME <<)

Apa itu penggunaan adil?

Di kebanyakan negara, sesetengah penggunaan tertentu karya yang dilindungi hak cipta tidak melanggar hak pemilik hak cipta tersebut. Contohnya, di Amerika Syarikat, hak terhadap hak cipta dihadkan oleh doktrin “penggunaan wajar” yang menyatakan penggunaan bahan berhak cipta untuk tujuan tertentu seperti kritikan, ulasan, laporan berita, pengajaran, biasiswa atau penyelidikan boleh dianggap sebagai wajar. Para hakim A.S. menentukan sama ada suatu pembelaan penggunaan wajar itu sah menurut empat faktor, yang telah kami senaraikan di bawah untuk tujuan pendidikan. Di sesetengah negara lain, terdapat konsep yang serupa dipanggil "urusan wajar" yang mungkin diterapkan dengan cara yang berbeza.

Ingat, anda bertanggungjawab memahami undang-undang yang berkaitan dan sama ada undang-undang itu melindungi penggunaan yang anda maksudkan itu atau tidak. Jika anda merancang untuk menggunakan bahan berhak cipta bukan karya anda, anda dinasihati supaya mendapatkan nasihat undang-undang terlebih dahulu. YouTube tidak dapat memberikan nasihat undang-undang atau membuat penentuan undang-undang.

Empat faktor penggunaan wajar:

1. Tujuan dan sifat penggunaan, termasuk sama ada penggunaan tersebut bersifat komersil atau untuk tujuan pendidikan tanpa untung

Mahkamah biasanya menumpukan pada sama ada penggunaan tersebut bersifat “pengubahan”. Iaitu, sama ada penggunaan tersebut menambahkan ungkapan atau makna baharu kepada yang asal atau sama ada hanya menyalin daripada yang asal.

2. Sifat karya berhak cipta tersebut

Penggunaan bahan daripada karya yang berdasarkan fakta khususnya mungkin lebih wajar daripada penggunaan karya yang berasaskan fiksyen semata-mata.

3. Jumlah dan kecukupbesaran bahagian yang digunakan bagi kerja berhak cipta secara keseluruhan

Meminjam cebisan kecil bahan daripada karya asal mungkin lebih dianggap sebagai penggunaan wajar daripada meminjam bahagian yang besar. Walau bagaimanapun, pengambilan yang kecil sekalipun mungkin tidak dianggap sebagai penggunaan wajar dalam sesetengah keadaan jika bahan tersebut membentuk “nadi” karya itu.

4. Kesan penggunaan terhadap pasaran yang berpotensi atau nilai untuk karya berhak cipta

Penggunaan yang memudaratkan keupayaan pemilik hak cipta untuk memperoleh keuntungan daripada karya asal beliau lebih cenderung untuk dianggap sebagai penggunaan yang tidak wajar. Kadangkala,telah membuat pengecualian di bawah faktor ini dalam kes yang melibatkan parodi.